28 July 2011

Jika Aku Dikurniakan Isteri

Jika aku dikurniakan isteri...
Takkan ku mampu menyalutkan nya dengan emas permata
Takkan ku mampu menempatkan nya dirumah mewah pinggiran kota
Takkan ku mampu membelikan kereta brabus idaman nya...
Kerana semua itu aku tiada
Malah hidupku sendiri, bak kata pepatah "kais pagi makan pagi"
Jadi apa yang boleh ku beri?


Aku berjanji pada diri ku... (Kalau berjanji pada orang lain; katanya nanti aku hanya pandai berjanji)
Tak kan ku biarkan isteri ku sakit sendirian kerana aku ingin terus mengejar harapan
Tak kan ku putuskan ucapan ketika isteri ku perlukan ucapan sayang
Tak kan ku kasari isteri ku yang perlukan kemanjaan.


Aku sedari aku tidak punya;
Tidak wang berjuta
Tidak ada batu permata
Tiada saham dimerata dunia...
Aku hanya ada kasih sayang...
Kasih sayang yang tak boleh dibeli dengan wang
Masa kan ini pun tak boleh aku berikan

Kepada seorang yang bergelar isteri.

No comments:

Post a Comment