29 June 2012

Pantun- Nyior Gading Puncak Mahligai


Sri Tambak... R.Ismail Dan Siti Mariam ( lirik ) HQ audio

Kata-Kata Hikmah- Imam Ghazali


27 June 2012

Pantun- Pilihanraya Oh! Pilihanraya.

Buah petai dimakan keluang
Makan peria dibuang biji
Marilah kita ambil peluang
Dipilihanraya kali ini


Sudah bertunang berkahwin pun sudah
Kenapa dinikah sekali lagi
Mesir menang, Libya pun sudah
Syria dan Malaysia bila lagi?


Buah mempelam cecah ketanah
Kalau nak makan buanglah biji
Menegakkan Islam perkara sunnah
Tahun depanlah tunaikan haji


Orang Bangka pulang ke Bangka
Masak kawah gulai dan nasi
Orang merdeka kita merdeka
Kita makan kuah orang dapat isi


Buah jambu tiga serangkai
Tolong masukan kedalam guni
Apa ilmu yang Rosmah pakai?
Hingga Najib takutkan bini.

06 June 2012

Pantun Nasihat

Laut Andaman disangka berhantu
Nampak dari Kuala Aceh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sarat ke Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Kelak merosak diri sendiri

Terang bulan dimalam sepi
Cahaya memancar kepangkal kelapa
Hidup didunia buatlah bakti
Kepada kedua ibu dan bapa

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanas diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin dahulu diri sendiri

Pagi-pagi turun kesawah
Pulangnya pula diwaktu petang
Kalau dapat gading bertuah
Tanduk simpanan jangan dibuang.