05 November 2021

Seloka- Antara dua darjat

 Rumah besar bertingkat-tingkat

Duitnya tebal berlipat-lipat

Isterinya cantik sungguh memikat

Kadang-kadang jumlahnya empat

Tapi rumahtangganya bagai nak kiamat.


Ada yang duduk dikawasan setinggan

Pakai kereta 'antik' jenama wolksegan

Hee..ramai anaknya hingga sembilan

Itu pun 'kerja' secara sambilan

Semuanya boleh jadi contoh tauladan.


Bahagia bukan kerana harta

Bukan juga kerana tahta

Walau pun mudah memikat wanita

Tapi yang dapat semuanya auta

Kepada Allah jua tempat berlindung dan meminta.

03 April 2021

Pantun KP Umno

 Ketika kuat lembut menguntum

Bicara pesona dalamnya mendomba

Resmi berpakat tidak menikam

Gelora dusta punca sengketa.


Serai malam sekerat digusi

Manisan sendiri dimakan jiran

Ramai orang menjual diri

Perikatan dicari tinggalkan teman.


Jika sepat menghalang belida

Ikan yang dipukat mencelah jala

Jika khianat bersarang didada

Kesatuan yang erat terpisah jua.

Ashraf wajdi-PAU Umno 2020