10 May 2014

Pantun- Tahan tuor Pak Awang


Tahan tuor Pak Awang
Kena ikan busuk
Jangan marah Pak Awang
Boleh buat ikan jeruk.
Pantun ini selalunya dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika bermain. Ada lagenda mengatakan pantun ini dinyanyikan oleh seseorang yang telah disumpah menjadi seekor burung kerana terdapat sejenis burung hutan yang bersiul seakan-akan irama pantun ini.








Tuor ialah alat menangkap ikan seakan-akan bubu tetapi lebih kecil daripada bubu dan dipasang mengadap arus berlainan dengan bubu yang dipasang membelakangi arus.