08 January 2016

Pantun Seloka- Ragam Manusia 2

Pergi menjaja keCeruk Tala
Bawa bersama periuk dan tikar
Kalau pekerja keras kepala
Akhirnya boss yang minta tukar

Pergi kekedai membeli barang
Beli roti dan serbuk kari
Kalau dipejabat sangat garang
Tapi dirumah takutkan isteri

Anak katak dimakan helang
Katak menyusup diguni baja
Kononnya dapat anugerah cemerlang
Buat sibuk je; tapi tak buat kerja

Mari pungut buah delima
Himpunkan pula  didalam raga
Punch kad tertulis pukul lima
Tapi sampai kerumah pukul tiga.


Pantun seloka- Ragam Manusia 1

Pergi melawat kePinang Tunggal
Menonton pertunjukan dikir barat
Amalan solat tak pernah tinggal
Tapi selalu mendedah aurat

Mari goreng keropok lekor
Buat tetamu datang ziarah
Dapat duit nombor ekor
Diguna buat pergi umrah

Ramai orang ditepi jalan
Rupanya melihat peminta sedekah
Perut berisi dah lapan bulan
Barulah sesak nak akad nikah

Kalau bertemu si ibu gamat
Disana terdapat si siput sedut
Selepas membaca doa selamat
Pasang pula lagu dangdut

Sayang Pak Mukhlas sampannya karam
Dipukul badai di Tanjung Jara
Sudah jelas hukumnya haram
Tapi ‘ketegaq’ nak buat juga

Pergi ziarah kerumah Pak Nayan
Konon kabarnya beliau demam
Isteri bekerja sebagai pelayan
Suaminya pula menjadi imam

Amalkan makan makanan berserat
Seperti sayur dan ubi keledek
Ada isteri yang menutup aurat
Tapi suaminya berseluar pendek.




01 January 2016