Laut Andaman disangka berhantu
Nampak dari Kuala Aceh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sarat ke Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Kelak merosak diri sendiri
Terang bulan dimalam sepi
Cahaya memancar kepangkal kelapa
Hidup didunia buatlah bakti
Kepada kedua ibu dan bapa
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanas diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin dahulu diri sendiri
Pagi-pagi turun kesawah
Pulangnya pula diwaktu petang
Kalau dapat gading bertuah
Tanduk simpanan jangan dibuang.
No comments:
Post a Comment