14 November 2010

Surung Papan Tarik Papan


Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tak mahu makan
Rupanya hendakkan "benda" itu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tak mahu minum tak mahu makan
Benda haram tu yang dia mahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Jangan diambil benda yang haram
Engkau yang susah engkau yang malu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Marah bukan menyumpah pun bukan
Tapi hanya nak beritahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Kelak gelaplah masa depan
Rosak akibat ketagih candu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tubuh sudah serupa papan
Tunggu mati;tak siapa nak ambil tahu.

No comments:

Post a Comment