03 November 2010

Pantun merajuk

Daun selasih buluh perindu
Buat sarang silabah-labah
Dulu kasih dulu kau rindu
Tapi sekarang kenapa berubah

Buat sarang silabah-labah
Tempatnya bersih beralas kain
Tapi sekarang kenapa berubah
Adakah kasih pada yang lain

Tempatnya bersih beralas kain
DiTaman Rimba si tuan puteri
Adakah kasih pada yang lain
Meranalah hamba seorang diri

DiTaman Rimba si tuan puteri
Diletakan meja tidak berlaci
Meranalah hamba seorang diri
Tempat bermanja tiada lagi

Diletak meja tidak berlaci
Disana bermadah si tuan puteri
Tempat bermanja tiada lagi
Biarlah hamba membawa diri.

1 comment:

  1. Salam,

    Wahai Tok Wali, bunga bukan sekuntum.....

    ReplyDelete