18 January 2012

Puisi Terakhir Imam Ghazali

Abu Hamid Al-Ghazali (1058-1111) seorang tokoh sufi bangun suatu pagi di bulan Disember tahun 1111. Seperti selalunya mendirikan solat dan selepas itu bertanyakan hari dan tarikh kepada adiknya, Ahmad Ghazali. Beliau kemudian meminta kain kafannya, mengucupnya, memakainya dengan betul lalu berkata,”Rabb aku patuh dengan rela”, lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dan di bawah bantalnya telah diketemukan bait-bait puisi yang dikarangnya barangkali waktu malamnya:
Puisi Terakhir Ghazali
Katakan pada sahabatku, tatkala mereka melihatku mati
Menangis untukku dan berkabung dalam kedukaan
Jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adalah diriku
Dengan nama Allah, aku katakan padamu, itu bukan aku.

Aku  roh, dan ini hampa melainkan daging
Itu rumah dan pakaianku untuk sesuatu masa
Aku perbendaharaan, oleh  azimat tersembunyi
Digayakan oleh debu, yang membantuku sebagai permakaman
Aku mutiara, yang telah meninggalkan kulitnya terbiar
Aku  burung, dan tubuh ini sangkarnya
dari mana aku terus terbang dan meninggalkannya sebagai ingatan
puji-pujian kepada Allah yang membebaskanku
dan menyediakan tempatku di tingkat syurga teratas
sehingga kini aku telah mati, walau hidup dalam kabusmu
kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kubur – baju dibuang

hari ini aku bercakap dengan para wali di atas
tanpa tabir antaranya,
aku lihat Allah depan berdepan.
aku lihat “Loh-i-Mahfuz” dan di situ aku baca
apa saja telah dan kini dan semua yang akan jadi.

Biarkan rumahku jatuh menjadi puing, letakkan sangkarku di tanah
Buangkan tangkal, itu hanya ingatan, bukan lagi
Tepikan jubahku, itu hanya pakaian luarku
Letakkan semua ke dalam kubur, lupakan saja
Aku telah meninggalkan perjalananku, dan engkau tinggal di belakang
Tempat tinggalmu bukan untuk rumahku

Jangan fikir kematian itu kematian, bukan- itulah kehidupan
Kehidupan melewati semua yang upaya kita impi
sementara di dunia ini,
di sini kita diberi tidur
Kematian adalah melainkan tidur, tidur yang akan berpanjangan

Jangan takut pabila kehadiran malam kematian
Tidak lain perjalanan ke rumah yang dirahmati
Fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
Ucap syukur atas kurnia-Nya dan hadirlah tanpa takut

Apa aku kini, engkau juga akan begitu
Kerna aku tahu engkau juga akan sepertiku
Roh semua manusia datangnya dari Allah
Semua tubuh dari yang sama
Kebaikan dan kejahatan, sama milik kita
Aku sampaikan khabar gembira
Semoga ketenangan dan kegembiraan dari Allah
menjadi milikmu.

No comments:

Post a Comment