Orang Aceh membeli papan
Bawa belayar ke Tanjung Duri
Bunga kembang ditaman harapan
Jangan biarkan layu kebumi.
Tali sauh dililit-lilit
Singgah berlabuh di Kota Lama
Puan enggang saya lah pipit
Adakah boleh terbang bersama.
Belayar masuk ke Kuala Kedah
Batang tiang kipas kemudi
Sekuntum bunga terlalu indah
Kumbang datang asyik berahi.
Sungguh cantik kuda ditunggang
Kuda bernama Sarang Buaya
Tak kira pipit mau pun enggang
Terbang bersama ketaman bahagia.
No comments:
Post a Comment