25 May 2011

Pantun Seloka

Awal kalam maaf dipinta
Kepada semua anda pembaca
Jangan siapa ada terasa
Pantun ini hanya seloka.

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Asyik main kompang
Kerja tak menjadi.

Sarung kain buatan Farsi
Buah keranji dalam perahu
Orang lain makan isi
Kita cuma cium bau.

Buah betik didalam peti
Buah keranji dalam perahu
Asyik politik kedai kopi
Anak dirumah mengaji tak tahu.

Air lemuju si air batu
Minum dengan kueh baulu
Negara menuju negara maju
Kita masih ditakuk dulu.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment