20 April 2011

Pantun Nasihat

Air surut memungut bayam
Bayam di isi di dalam karung
Jangan di ikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ikan busuk jangan di buang
Buat perencah si daun kayu.


Pokok terap tumbuh dibukit
Belat berbanjar panjang ke ulu
Jangan diharap guruh dilangit
Kilat memancar hujan tak lalu.

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagi berupa
Inikan pula hati orang.

Rotan siput rotan berlengkar
Anak itik patah kakinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam api nya.

Padi muda jangan di lurut
Kalau di lurut pecah lah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut bencana yang datang.

Orang mengail di Lubuk Dulang
Apa umpan nya kulit duku
Jangan bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment