13 April 2011

Berbalas pantun

Soal:
Kiri gunung kanan pun gunung
Tengah-tengah pohon penaga
Dapat Maya Karin memang lah untung
Dah anak dua ku madukan juga.

Jawab:
Kiri gunung kanan pun gunung
Tempua bersarang di pohon meranti
Memang diri tak tahu dek untung
Tak tercalon selalu suami mithali.

Soal:
Mandi manda di Tanjung Sepat
Jumpa pula dengan Pak Mahat
Sanggup kah tuan berbini empat
Empat kepala empat tabiat.

Jawab:
Jumpa pula dengan Pak Mahat
Buat kenduri doa selamat
Empat kepala empat tabiat
Pandai urus menjadi rahmat.

Soal:
Beli belacan berikat-ikat
Niat nak gulai dengan belulang
Bini yang diam jangan disakat
Bimbang siang malam mengasah parang.

Jawab:
Ikan gehak ikan ketutu
Buat santapan raja dan ratu
Bini yang solehah memang begitu
Buat persiapan nak sambut madu.

No comments:

Post a Comment