Sejenis sayuran bernama kangkong
Sejenis haiwan bernama kongkang
Rakyat jelata makan singkong
Cakap pemimpin tak boleh dibangkang
Gorila juga dipanggil kingkong
Waktu makan duduk terkangkang
Cakap banyak kena pelangkong
Kaki mengampu puaslah 'makang'
Dua tiga sianak kongkang
Mana nak sama sianak kingkong
Rakyat berdemo terkangkang-kangkang
Yang turun hanya harga kangkong.
Nukilan Pak Mail Saudi Arabia.
No comments:
Post a Comment