24 September 2013

Pantun seloka- Kalau dah jodoh..

Alang kepalang kalau dah mandi
Berkain pelikat berseluar ketat
Apakah malang diri ku ini
Anak ku pikat; ibu yang dapat

Asam kandis asam belimbing
Dicampur lada masak tenggiri
Ku kahwin gadis kena bersanding
Ku kahwin janda beranak tiri

Bukan hina kerana karat
Besi pengopek kelapa tua
Ikan dilaut asam didarat
Dalam periok bertemu jua.


No comments:

Post a Comment