"BN menang rakyat pun senang"
Kuala Besut dulu ketinggalan
Walau pun BN sentiasa menang
Cendawan tumbuh diatas busut
Tempat tinggal si ulat gonggok
Bertuah sunggug Kuala Besut
Adun meninggal projek berlonggok
400 juta projek dilulus
Cuma untuk 17 ribu pengundi
Jentera kerajaan dan juga fulus
Diguna dengan sesuka hati
Empangan baru di Pengkalan Nangka
Muara sungai tempat pelancongan
Hati siapa yang tidak suka
Nak jadi usahawan jadi angan-angan
Rumah pangsa hendak dibina
Sekolah menengah dapat peruntukan
Pemimpin hidup dalam istana
Rakyat hanya dapat sogokan
Kuala Besut oh Kuala Besut
Bila rakyat mahu berubah
Rakyat hidup terkesut-kesut
Pemimpin hidup bermewah-mewah.
PrK Kuala Besut dalam kenangan.
No comments:
Post a Comment