Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak kerana puan
Tidak hamba datang kemari
Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak hamba ternanti-nanti
Kalau nak roboh kota Melaka
Buruh di Jawa hamba kerahkan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan.
No comments:
Post a Comment