26 January 2013

Seloka Cik Syarifah

Dimana Syarifah dulunya bersekolah
dapat belajar bahasa segala haiwan
katanya haiwan juga banyak masalah
tentunya haiwan itu tiada berkawan.

Dikatanya haiwan banyak masalah
itu pendapat Cik Syarifah yang jelita
masalah besar bila parti lawan kalah
televisyen sudah tak boleh putar berita.

Masalah besar bila parti lawan kalah
keliling pinggang banyak hutang
kita semua janganlah beralah
kita mengundi dengan matang.

Kita semua janganlah beralah
kita mengundi parti pakatan
parti lawan semakin serba salah
mereka gunakan kaedah ugutan.

Parti lawan semakin serba salah
anak muda sepakat mahu berubah
biarlah parti lawan menjadi gemulah
kini parti lawan demam tak kebah

Biarlah parti lawan menjadi gemulah
tandanya jelas sudah habis daya
sama sendiri pun asyik menyalah
manakan rakyat mahu percaya.

Sama sendiri pun asyik menyalah
orang mati tak lepas dituduh dikata
parti lawan semakin lama semakin lelah
itulah padah berjuang berebut harta

Parti lawan semakin lama semakin lelah
isu Cik Syarifah pula menjadi reba
parti lawan terus berpecah belah
menanti pilihanraya yang pasti tiba.

Ciptaan MB Abdullah, Kuantan Pahang.
Dipetik dari akhbar Harakah Bil 1812  25-27 Jan.2013.

No comments:

Post a Comment