Mari kita pergi mandi
Mandi jangan berkubang tanah
Mari kita pergi mengaji
Mengaji menghalang berbuat fitnah
Pagi ini pagi sabtu
Pagi esok pagi ahad
Tuhan yang ujud hanyalah satu
Cubalah tengok dalam tarikat
Jatuh seludang pinang tinggi
Jatuh kelaman keluarga diraja
Penat sembahyang petang dan pagi
Tidak beriman rugi sahaja
Tebang tebu sampai kehujung
Sampai hujungnya ke Melaka
Tuntutlah ilmu sebagai payung
Payung pendinding api neraka
Tebang tebu tinggi-tinggi
Tebang rumbia sebelah pangkal
Tuntutlah ilmu semasa kini
Hidup didunia tidakkan kekal.
No comments:
Post a Comment