10 August 2012

Pantun Hariraya

Dingin diperigi diwaktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelang lagi
Tamatlah ujian orang beriman

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Hamba menyusun sepuluh jari
Salah silap harap maafkan

Udara dingin dihening pagi
Tabuh bergema mulakan hari
Aidil fitri menjelang lagi
Muslimin muslimat pakai berseri


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut aidil fitri
Sahabat handai datang bertandang

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang dihariraya
Tersenyum riang sanak saudara

Padang Besar kecil sahaja
Tempat Siam lalu lalang
Di hariraya kita berbelanja
Jangan sampai menambah hutang.

2 comments:

  1. Teratak usang di pinggir bendang,
    Tempat petani melepas lelah,
    Sesekali rindu datang bertandang,
    Di hari lebaran datang menjengah..

    ReplyDelete
  2. Hang Jebat.....

    Teratak usang dipinggir bendang
    Tempat Pak Yahya memasang lukah
    Jangan hanya datang bertandang
    Lepas raya ajaklah menikah.

    ReplyDelete