13 May 2012

Pantun Kasih

Buah jambu tiga serangkai
Bawa pulang ke Tanjung Puri
Apa ilmu Cik Adik pakai
Makin ku pandang makin berseri

Sayang Cik Nyonya menjual tahu
Menjual tahu merata tempat
Jikalau tuan mahu tahu
Itulah dia renung makrifat

Limau purut lebat dipangka
Sayang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ku tangkal
Hati yang kasih apa ubatnya?

Buat serbat biji selasih
Buat dadu diatas kota
Kalau nak ubat hati yang kasih
Jangan selalu jauh dimata.

No comments:

Post a Comment