03 September 2011

Pantun Pahlawan

Limau bentan ditepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau dihutan lagi ku tangkap
Inikan pula cicak mengkarung.


Tumbuk lada diatas para
Ada kasut simpan di peti
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud didalam hati.


Kalau takut dilanda ribut
Jangan berumah di Pulau Seberang
Di mulut naga lagi ku rebut
Inikan pula ditangan orang.


Bunga melur bewarna ungu
Ditanam pula berbatas-batas
Didalam telur lagi ku tunggu
Inikan pula sudah menetas.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment