13 January 2011

Pantun- Majlis Jemputan/Keraian.

Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dikeji jangan

Jamuan nasi didalam pinggan
Beserta roti bercecah kari
Jangan tuan malu dan segan
Buat seperti rumah sendiri

Ikan haruan didalam sira
Mari dilepas kedalam paya
Silakan tuan menjamu selera
Makan dan minum sudah sedia

Tanam tembikai di Bukit Lada
Bersama pokok si pasak bumi
Silalah makan sekadar ada
Inilah saja kemampuan kami

Hendak dulang, dulanglah tuan
Tanam tembikai di Bukit Lada
Hendak pulang, pulang lah tuan
Hendak dibekal apa tak ada

Kalau ada sumur diladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur ku panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment