26 September 2012

Seloka Tradisional Melayu- Bangau Oh Bangau.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Sajak- Tahajjud Cinta



Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahaya,
tunjukku ke jalan syurga.

Ku haus di tengah laut,
lemas mencari tempat berpaut,
kirimkan aku kekuatan,
serta pedoman di kesesatan.

Ku sunyi dalam gembira,
perih pedih tanggung derita,
sungguh aku bukan wali,
yang suci dari hina dan benci.

Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahya,
tunjukku ke jalan syurga.

Terlalu lama aku mencuba,
terlalu banyak,
cinta yang ku damba,
tiada yang sempurna,
hanyalah fana,
Tuhan, ampuni hamba-Mu.

Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahya,
tunjukku ke jalan syurga.

Ku rebah di dada malam,
memecah dendam yang lama diam,
ku tanggalkan baju dunia,
dakapku dengan selimut syurga.

ya Tuhanku hanya pada Mu,
tempat mengadu segala rindu,
limpahi ku rahmat kasih Mu,
dalam tahajjud cinta bersujud.

Dari lagu nyanyian Dato' Siti Norhaliza.

21 September 2012

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmi


Sajak: Kembalilah

Kembalilah kepada Sunatullah,
Kembali kejalan Allah,
Disana wujudnya kesihatan
 dan kemudahan,
Kembalilah kepadaNya,
Sujudlah kepadaNya,
Dengan bersujud kepadaNya sahaja,
Kita dekat dan hampir,
Kepada limpah kurnia,
Sihat dan afiat sejati.

Oleh Prof. Dr. Burhanuddin el-Helmi

08 September 2012

Pantun- Jasa mu dikenang.


Pantun Nasihat - Nafsu & Amal

Anak kedidi sianak angsa
Sama berenang dibawah titi
Orang berbudi kita berbahasa
Jasa dikenang sampai kemati

Makan pengat bergaul manisan
Manisan dibawak keTanah Jawa
Ingat mengingat sesama insan
Diakhirat kelak tidak didakwa

Naik perahu keTanjung Tuan
Bawa buah untuk dijaja
Mengaku tahu balasan tuhan
Larangan Allah dibuat juga

Serangga bena perosak peria
Bena perang perosak padi
Sejauh mana nafsu dunia
Alam akhirat kekal abadi.