18 October 2011

Pantun - Bertemu & Berpisah.

Asyik menari langkah zapin
Dara menari bersama teruna
Bertemu dia baru kelmarin
Mengapa malam dirindu jua?


Pulau Pinang laut keliling
Tempat orang meminum arak
Sirih pinang boleh ku kirim
Hati runsing kemana nak bawak?


Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari lah padi
Bulan mana tahun lah mana
Boleh kita berjumpa lagi?


Jika ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur ku panjang 
Boleh kita berjumpa lagi.

2 comments:

  1. nice... but yg arak tu boleh ditukarkan kepada anak kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi kalau anak tu..katakan "menimang anak"
      Terima kasih atas teguran.

      Delete