Itulah seruan kita semua
Dulu disambut dengan hati terbuka
Kini disambut dengan paksa
Merdeka! merdeka! merdeka! merdeka!
Menteri berseru keseluruh negara
Semuanya ini salah siapa?
Rakyat tak mahu kibar bendera
Tok Sami memecah tempurung kelapa
Niat sebenar membuang dosa
Mat Kilau, Tok Janggut hampir dilupa
Pemimpin Umno saja dikita berjasa
Panglima Nadim anak Tun Mamat
Berbahtera mudik ke Teluk Sena
Mana Burhanuddin dan Zulkifli Muhamad?
Mat Indera langsung dikata durjana
Kita beriman pada Yang Esa
Biar pun hamba tapi merdeka
Tok Gajah, Tok Bahaman dikata pertahankan kuasa
Rosli Dobi pula dikira durhaka?
Ketupat diisi didalam dulang
Untuk hidangan para pendekar
Orang dapat isi kita makan tulang
Itulah nikmat negara merdeka.
Alfatihah buat pejuang-pejuang kemerdekaan yang gagah..
Walau pun nama mu telah ditutupi dengan nama-nama pewaris penjajah..
Semoga kalian mendapat rahmat yang berkekalan di sisi Allah!
Amin..