23 November 2010

Renungan

Khutbah Al-Wida'
Khutbah terakhir Rasulallah s.a.w di lembah Uranah,atas bukit Arafah pada 9 Zulhijjah 10 hijrah.
Diantara kandungan khutbah baginda :
 Wahai manusia,takutlah Allah SWT didalam urusan berkait dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah SWT & mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib keatas mereka untuk menjaga kehormatan kamu & menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka melakukan nya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia & jujur terhadap mu,maka wajib keatas kamu menjaga keperluan harian mereka dengan baik.

Berbalas Pantun

L: Sudah perputik sijambu putih
     Dahan yang tua dipangkas sama
     Kepada adik hati ku kasih
     Hidup berdua mati bersama

P: Jambu yang putih memanglah manis
    Jambu ditanam ditepi paya
    Orang lelaki mulutnya manis
    Sekali berjumpa jangan percaya

L: Pohon jambu ditepi paya
    Gugur buahnya dalam perigi
    Sungguhlah adik tidah percaya
    Biar ku pergi membawa diri

P: Buah jambu dibuat jeruk
    Mari disimpan didalam raga
    Janganlah abang lekas merajuk
    Adik cuma ingin menduga

L: Buah jambu buah beluru
     Untuk menjamu Datuk Laksamana
     Kalau adik sudah setuju
     Marilah kita hidup bersama

P: Ke Rantau Abang pergi berburu
    Buah jambu bawa bersama
    Janganlah abang terburu-buru
    Ikutlah adat resam yang lama.

Tips Kesihatan

Rokok.
Menghidu asap rokok itu adalah lebeh merbahaya kepada bukan perokok dari penghisap rokok sendiri.

Pandangan pakar-pakar perubatan.

Oleh itu;katakan TIDAK!
pada perokok.

21 November 2010

Kurban

Berkurban apa saja
Lembu atau pun kerbau
Yang mampu sembelih unta
Asalkan ikhlas kerana Allah

Berkurban lembu kerbau
Yang mampu sembelih unta
Berkurban seperti Saidina Umar
Infaq hingga separuh harta

Berkurban lembu kerbau
Buat sedekah dua pertiga
Sanggupkah ikut Abu Bakar
Tinggal Allah dan rasulNya saja

Berkurban lembu kerbau
Sepertiga boleh makan sendiri
Kurban Ibrahim tersangat besar
Sanggup sembelih anak sendiri

Berkurban lembu kerbau
Disembelih pada hariraya
Anak muda apa kabar?
Jangan terkurban dijalanraya.

Pantun rindu

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kain basah jangan dilanyak
Buat menangkap si ikan haruan
Mandi tak basah tidur tak nyenyak
Bantal ku dakap rindukan tuan

Tali pedati pengikat sira
Di ikat rapat bersimpul mati
Rindu hati tidak terkira
Bilakah dapat bertemu lagi

Ibu mati ditanah seberang
Beradu domba sianak tiri
Buah hati kekasih orang
Meranalah hamba seorang diri

Anak Cina menjual perahu
Perahu dijual didalam taman
Kalaulah kanda mati dahulu
Meranalah dinda sepanjang zaman.

Renungan

Ikut rasa -binasa
Ikut nafsu-lesu
Ikut hati-mati.

                           Pepatah Melayu.

Tips kesihatan

Melegakan batuk.
Bancuh kapur sirih dengan air limau nipis/kasturi. Sapukan pada halkum (bawah leher)> InsyaAllah batuk anda akan lega.

14 November 2010

Surung Papan Tarik Papan


Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tak mahu makan
Rupanya hendakkan "benda" itu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tak mahu minum tak mahu makan
Benda haram tu yang dia mahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Jangan diambil benda yang haram
Engkau yang susah engkau yang malu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Marah bukan menyumpah pun bukan
Tapi hanya nak beritahu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Kelak gelaplah masa depan
Rosak akibat ketagih candu

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tubuh sudah serupa papan
Tunggu mati;tak siapa nak ambil tahu.

Pantun naik

Air banjir naik, cepat-cepat pindah
Bil air naik, siapa nak disalah
Bila BN tak naik, kerusi balairaya kena punggah
Bila dia naik, orang lain semua salah

Kerusi meja naik, mesyuarat kena tangguh
Tarif api naik, pakai pelita suluh
Cukai jalan tak naik, tapi insurans hentam sungguh
Gaji kata nak naik, tapi selalu tangguh-tangguh

Darah tinggi naik, kena masuk wad
"Awang" dah tak naik, kena cari ubat
Tol dah tak naik, kerajaan nak tolong rakyat
Harga barang naik, tak bebankan rakyat

Suara rakyat makin naik, kena pujuk sungguh-sungguh
Bendera dacing kalau nak naik, kena pula upah buruh
Gaji postman sikit naik, cukai setem naik sungguh
Tambang haji pun nak naik, kerajaan kita baik sungguh.

Renungan

Kemudian kami jadikan kamu khalifah-khalifah dibumi menggantikan mereke yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak & bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
                                      Surah Yunus ayat 14.

Tips kesihatan

Gastrik/angin medu/pedih hati.
Cara melegakannya:
Telan kapur sirih sebesar kepala mancis api.
Pantangnya: Tidak boleh makan limau nipis.
Selamat mencuba.

09 November 2010

Pantun kasih

Bersihnya kereta tanda ceria
Kereta dipandu jenama rusa
Berkasih bercinta tiada batasnya
Tidakkah takut berbuat dosa.

Bertanam bayam di Simpang Lawin
Tanahnya sempit sekangkang kera
Berkasih sayang sebelum berkahwin
Setelah berkahwin teruskah mesra.

Keris ku ini keris sakti
Keris ditempa tuan empunya
Kasihnya isteri mencurah bakti
Kasih suami apa tandanya

Bersusah payah resah gelisah
Mencari kekanda sehati sejiwa
Kasihnya ayah sanggupkah berpisah
Kasihnya anakanda berkurban nyawa.

Selasih biru sangat berharga
Selasih putih bekalan tiada
Kasihnya ibu membawa kesyurga
Kasihnya saudara masa berada.

Renungan

Bila matinya seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali dengan 3 jalan;
 i. Anak yang soleh yang mendoakannya.
ii. Sedekah jariahnya.
iii.Ilmu bermenafaat yang diajarnya pada orang lain.

                                                       hadis mutafa'alaih

Tips kesihatan

Sembelit- najis keras & susah buang air besar.
Buah cenkudu (dikenali juga dengan nama mengkudu/noni) yang tua (bewarna putih sebelum lembik) dipotong & dikisar (blend) dengan campuran sedikit air. Perah dan ambil airnya,campur dengan sedikit air oren atau sirap dsbnya. Minum segelas setiap pagi. InsyaAllah mujarab.

03 November 2010

Pantun merajuk

Daun selasih buluh perindu
Buat sarang silabah-labah
Dulu kasih dulu kau rindu
Tapi sekarang kenapa berubah

Buat sarang silabah-labah
Tempatnya bersih beralas kain
Tapi sekarang kenapa berubah
Adakah kasih pada yang lain

Tempatnya bersih beralas kain
DiTaman Rimba si tuan puteri
Adakah kasih pada yang lain
Meranalah hamba seorang diri

DiTaman Rimba si tuan puteri
Diletakan meja tidak berlaci
Meranalah hamba seorang diri
Tempat bermanja tiada lagi

Diletak meja tidak berlaci
Disana bermadah si tuan puteri
Tempat bermanja tiada lagi
Biarlah hamba membawa diri.

Renungan

Dari Abu Hurairah r.a katanya
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga;
i.Bila bercakap ia bohong
ii.Bila berjanji ia mungkir
iii.Bila diberi amanah ia khianat.

PANTUN SINDIRAN

Siakap genehong gelama ikan duri
Berkempen melambung,memuji diri sendiri

Siakap genehong gelama ikan duri
Bercakap selalu bohong ,untuk kepentingan diri sendiri

Siakap genehong gelama ikan duri
Masaberkempen tak pernah tersinggung,dah menang pakai tunjuk jari.

Siakap genehong,gelama ikan duri
Janji semua nak tolong,dah menang cabut lari

Siakap genehong,gelama ikan duri
Bercakap selalu bohong,dapat juga jadi menteri.

Tips Kesihatan

Buang air kecil tidak tus.
Rebuskan bunga kantan bersama-sama buahnya yang dipetik dengan tangkainya sekali.Tinggalkan separuh air. Minum 2 kali sehari. InsyaAllah mujarab.