21 February 2014

Seloka- Brim oh brim!

Kau tercipta kerana terpaksa
Menutup mulut yang lancang berbicara
Hari ditunggu dah pun tiba
Bank seluruh negara sesak semua.



Rakyat jelata sebok berbelanja


Hanya satu pesanan hamba

PAKATAN RAKYAT jangan dilupa


Bakal membawa perubahan negara.




16 February 2014

Pantun- Malaysia Darul Sumpah

Anak jelawat berenang disampah
Diberi makan nasi dah basi
Dulu kes liwat mereka bersumpah
Bukan datangkan empat orang saksi

Tanah baru bila diteroka
Taburkan benih maman dan bayam
Konon nak pertahankan pemimpin negara
Simbah gambar dengan darah ayam

Padi huma ditanam bersepah
Tidak mengikut baris aturan
Malaysia umpama Darul Sumpah
Kes bolasepak pun sumpah Al-quran

Buah berangan bersepah-sepah
Dizaman Jepun buahnya tiada
Semua golongan sumpah bersumpah
Hingga Big Mama pun turut serta

Mengopek kepah tidaklah payah
Rebuskan sedikit sambil selawat
Umpama bersumpah zaman jahiliah
Hendak meletakkan Hajarul Aswad

Dari berebut keris sebilah
Baik gunakan pedang dan lembing
Demi pertahankan hak kabilah
Bersumpah dengan sidarah kambing.


Gambar ikhsan tikaqbuloh.blogspot.com

08 February 2014

Pantun seloka- Siapa mahu?

Anak yatim sebatang kara
Sudah lama hidup melara
Kata kalah hendak bersara
Tiba-tiba MB buka selera

Bunga raya dalam terendak
Jatuh setangkai dalam perahu
Bukanlah saya sengaja hendak
Tapi AJK saya yang mahu

Budak-budak memakan tauhu
Minum pula siair batu
Macam mana AJK nak kata tak mau
Dalam mesyuarat diarah begitu

Kaum Asli pakai bercawat
Pakaian diberi sangkut dilengan
Kalau anda berasa dah kuat
Bekempenlah sendiri untuk kemenangan

Sumber; FB Sdr. Roslan Ahmad

07 February 2014

Pantun- Patah sayap bertongkat paruh

Purnama indah diwaktu malam
Terangi alam disegenap ceruk
Mari bersama pimpinan Islam
Kita tolak pemimpin kemaruk

Dari Bersia ke Pantai Klebang
Tangkap tenggiri sambil menyelam
Perangai manusia lidah bercabang
Cakap hari ni tak serupa semalam

Kayu gaharu dibuat gong
Malam yang senyap menjadi riuh
Rasa diriku pemimpin agung
Patah sayap bertongkat paruh.

sumber; FB sdr Roslan Ahmad

Gambar hiasan; tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun samaada yg masih hidup atau pun telah meninggal dunia.