19 November 2013

Pantun Dato' Dr Harun Din


10 November 2013

Pantun- Ayah & ibu


Berapa dalam air telaga
Dalam lagi air lautan
Kasih sayang ayah dan bonda
Selagi ada bumi dan bulan

Berapa dalam air telaga 
Dalam lagi air lautan
Kasih sayang ayah dan bonda
Tidak terbalas segunung intan

Ke Tasik Pedu bawa keluarga
Bermandi manda bermain sampan
Kasih ibu bawa ke syurga
Kasih ayah rela berkurban.

02 November 2013

Pantun- Wasotiyyah

Burung gagak masuk kerumah
Burung terkukur kaki disangkut
Wasotiyyah tonggak kesatuan ummah
Sedap didengar payah diikut

Angin berderu membawa rahmat
Petir dan ribut bertali arus
Pemimpin menyeru rakyat berjimat
Diri sendiri hidupnya boros

Cuaca redup hujan mencurah
Pandangan redup amat bermakna
Rakyat hidup dirumah murah
Pemimpin hidup dalam istana

Wasotiyyah tonggak kesatuan ummah
Thema keramat maal hijrah
Selamat menyambut 1435 hijrah
Hidup kita perlu berubah
Pemimpin berwibawa perlu amanah
Barulah rahmat Allah melimpah.
                                       Seri Perdana; Kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

SINAR HARIAN 28 OCT 2013.
KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat  lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi.


Kos penyelenggaraan rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri
                   Tahun                                      Rumah PM                           Rumah TPM                   
                    2008                                     RM1,896,616.80                       RM1,129,992.00
                    2009                                     RM1,686,616.80                       RM1,130,007.26
                    2010                                     RM1,520,514.00                       RM1,401,502.00
                    2011                                     RM1,873,654.20                       RM1,455,804.00

                                                                                     *Sumber; Sinar Harian 28/10/2013 

01 November 2013

Pantun- Hanya di Sungai Limau

Singa betina disangka rimau
Anak beruk diberi makan
Cuma hanya di Sungai Limau
Pengkalan buruk hendak digantikan

Singa betina disangka rimau
Terjun kekolah menangkap ikan
Cuma hanya di Sungai Limau
Bantuan sekolah nak diberikan

Singa betina disangka rimau
Penduduk Bera semuanya bimbang
Cuma hanya di Sungai Limau
Saham Felcra turut disumbang

Singa betina disangka rimau
Tidak menoreh sampai sepekan
Cuma hanya di Sungai Limau
Susu luput tarikh pun diagihkan

Apa saja BN kurbankan
Untuk Melayu,Cina ,India dan Siam
Asalkan jangan pangkah 'Bulan'
Bukan duit menteri tapi dana awam.