Ular sawa hidup dirimba
Ular lidi nak telan naga
Pilihanraya dah hampir tiba
Undilah pemimpin pilihan kita
Pergi berkempen guna kereta
Bawa minuman bertin-tin
Memilih pemimpin tanggungjawab kita
Amalkan ia sebaik mungkin
Pohon buluh sipohon balak
Rumpun pegaga tidak berbuah
Penipu,pembunuh kita tolak
Begitu juga pemimpin rasuah
Durian merah tanam ditaman
Buah belimbing masak sebelah
Pemimpin amanah serta beriman
Rakyat dibimbing kejalan Allah.
30 January 2013
Pantun: Kalau...
Orang Lukut bermain tombak
Sudah penat duduk bersantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai
Belah rotan dari pangkal
Agar tangan tidak terluka
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Anak badak berlari-lari
Dibawa dari negeri Kedah
Kalau tidak pandai menari
Katakan tanah tinggi rendah.
Sudah penat duduk bersantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai
Belah rotan dari pangkal
Agar tangan tidak terluka
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Anak badak berlari-lari
Dibawa dari negeri Kedah
Kalau tidak pandai menari
Katakan tanah tinggi rendah.
26 January 2013
Seloka Cik Syarifah
Dimana Syarifah dulunya bersekolah
dapat belajar bahasa segala haiwan
katanya haiwan juga banyak masalah
tentunya haiwan itu tiada berkawan.
Dikatanya haiwan banyak masalah
itu pendapat Cik Syarifah yang jelita
masalah besar bila parti lawan kalah
televisyen sudah tak boleh putar berita.
Masalah besar bila parti lawan kalah
keliling pinggang banyak hutang
kita semua janganlah beralah
kita mengundi dengan matang.
Kita semua janganlah beralah
kita mengundi parti pakatan
parti lawan semakin serba salah
mereka gunakan kaedah ugutan.
Parti lawan semakin serba salah
anak muda sepakat mahu berubah
biarlah parti lawan menjadi gemulah
kini parti lawan demam tak kebah
Biarlah parti lawan menjadi gemulah
tandanya jelas sudah habis daya
sama sendiri pun asyik menyalah
manakan rakyat mahu percaya.
Sama sendiri pun asyik menyalah
orang mati tak lepas dituduh dikata
parti lawan semakin lama semakin lelah
itulah padah berjuang berebut harta
Parti lawan semakin lama semakin lelah
isu Cik Syarifah pula menjadi reba
parti lawan terus berpecah belah
menanti pilihanraya yang pasti tiba.
Ciptaan MB Abdullah, Kuantan Pahang.
Dipetik dari akhbar Harakah Bil 1812 25-27 Jan.2013.
dapat belajar bahasa segala haiwan
katanya haiwan juga banyak masalah
tentunya haiwan itu tiada berkawan.
Dikatanya haiwan banyak masalah
itu pendapat Cik Syarifah yang jelita
masalah besar bila parti lawan kalah
televisyen sudah tak boleh putar berita.
Masalah besar bila parti lawan kalah
keliling pinggang banyak hutang
kita semua janganlah beralah
kita mengundi dengan matang.
Kita semua janganlah beralah
kita mengundi parti pakatan
parti lawan semakin serba salah
mereka gunakan kaedah ugutan.
Parti lawan semakin serba salah
anak muda sepakat mahu berubah
biarlah parti lawan menjadi gemulah
kini parti lawan demam tak kebah
Biarlah parti lawan menjadi gemulah
tandanya jelas sudah habis daya
sama sendiri pun asyik menyalah
manakan rakyat mahu percaya.
Sama sendiri pun asyik menyalah
orang mati tak lepas dituduh dikata
parti lawan semakin lama semakin lelah
itulah padah berjuang berebut harta
Parti lawan semakin lama semakin lelah
isu Cik Syarifah pula menjadi reba
parti lawan terus berpecah belah
menanti pilihanraya yang pasti tiba.
Ciptaan MB Abdullah, Kuantan Pahang.
Dipetik dari akhbar Harakah Bil 1812 25-27 Jan.2013.
19 January 2013
Pantun teka-teki
Kalau tuan pergi kekedai
Jaga-jaga dilanggar lori
Kalau tuan orang yang pandai
Apa binatang tidur berdiri?
Banyak kuah berbagai kuah
Kuah kari berasa pedas
Banyak buah perkara buah
Buah apa jatuh keatas?
Pergi menyuluh ke Tanjung Tahun
Banyak bermain ikan kerisi
Dalam buluh ada daun
Dalam daun ada isi.
Jaga-jaga dilanggar lori
Kalau tuan orang yang pandai
Apa binatang tidur berdiri?
Banyak kuah berbagai kuah
Kuah kari berasa pedas
Banyak buah perkara buah
Buah apa jatuh keatas?
Pergi menyuluh ke Tanjung Tahun
Banyak bermain ikan kerisi
Dalam buluh ada daun
Dalam daun ada isi.
17 January 2013
Pantun- Kalau Ku Tahu..
Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun kebendang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang
Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi
Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku mengikat janji
Kalau ku tahu pohon berduri
Tidak ku patah hai dengan jari
Kalau ku tahu jadi begini
Biar ku hidup seorang diri.
Petikan lagu Kalau Ku Tahu
Nyanyian Tan Seri SM Salim
Tidaklah aku turun kebendang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang
Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi
Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku mengikat janji
Kalau ku tahu pohon berduri
Tidak ku patah hai dengan jari
Kalau ku tahu jadi begini
Biar ku hidup seorang diri.
Petikan lagu Kalau Ku Tahu
Nyanyian Tan Seri SM Salim
14 January 2013
Seloka- Pemimpin & Rakyat
Insafilah akan kejatuhan kerajaan Islam Andalusia
Raja yang bertahta di Istana Al-Hamra
Kehidupan yang penuh dengan berpoya-poya
Kebajikan rakyat dibiarkan begitu sahaja.
Umno/BN pula... 'kami prihatin' dimusin pilihanraya
Duit rakyat dimonopoli macam sendiri punya
Negara kaya; tapi rakyat hidup melata dan melara
Jika diberi peluang memerintah lagi; pasti makin ramai yang akan terus sengsara.
Kuatkan tekad
Sebarkan maklumat
Pasti Umno/BN akan terus menyekat
Agar kebenaran tidak sampai kepada rakyat.
Selamatkan Negara...hidup rakyat!
Raja yang bertahta di Istana Al-Hamra
Kehidupan yang penuh dengan berpoya-poya
Kebajikan rakyat dibiarkan begitu sahaja.
Umno/BN pula... 'kami prihatin' dimusin pilihanraya
Duit rakyat dimonopoli macam sendiri punya
Negara kaya; tapi rakyat hidup melata dan melara
Jika diberi peluang memerintah lagi; pasti makin ramai yang akan terus sengsara.
Kuatkan tekad
Sebarkan maklumat
Pasti Umno/BN akan terus menyekat
Agar kebenaran tidak sampai kepada rakyat.
Selamatkan Negara...hidup rakyat!
05 January 2013
04 January 2013
02 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)