"Jangan risau jika gagal sedangkan anda tahu kenapa anda gagal; Risaulah bila berjaya tetapi anda tidak tahu bagaimana anda berjaya".
-Dr (EM)Wali.
27 December 2011
Pantun Nasihat - Rumah Tangga
Baik-baik belayar rakit
Jangan sampai putus talinya
Kasih sayang ku bukan sedikit
Jikalau boleh mati bersama.
Cahaya suria diatas ombak
Nampak dari Tanjung Keramat
Hidup bahagia rezeki bertambah
Dunia akhirat mendapat rahmat.
Tak laku sudah syiling seringgit
Dikalung dileher bagai mutiara
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula tutur bicara.
Ular menyusur tepian tasik
Rumpun kelubi tumbuhnya rapat
Bertolak ansur bertambah kasih
Bagai Nabi kasihkan umat.
Menangkap buaya sianak teruna
Di Pasar Chow Kit tempat dijaja
Kita manusia tidak sempurna
Silap sedikit maafkan saja.
Buat bekal si tuan puteri
Sayur peria dan ikan darat
Biar kekal bersuami isteri
Dari dunia sampai akhirat.
Jangan sampai putus talinya
Kasih sayang ku bukan sedikit
Jikalau boleh mati bersama.
Cahaya suria diatas ombak
Nampak dari Tanjung Keramat
Hidup bahagia rezeki bertambah
Dunia akhirat mendapat rahmat.
Tak laku sudah syiling seringgit
Dikalung dileher bagai mutiara
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula tutur bicara.
Ular menyusur tepian tasik
Rumpun kelubi tumbuhnya rapat
Bertolak ansur bertambah kasih
Bagai Nabi kasihkan umat.
Menangkap buaya sianak teruna
Di Pasar Chow Kit tempat dijaja
Kita manusia tidak sempurna
Silap sedikit maafkan saja.
Buat bekal si tuan puteri
Sayur peria dan ikan darat
Biar kekal bersuami isteri
Dari dunia sampai akhirat.
Renungan - Mengikuti Rasulallah
"Walaupun menyamai Rasullallah s.a.w. itu adalah mustahil,
tetapi mengikuitnya adalah wajib/sunat"
Renungan - Merancang
"Gagal merancang sebahagian dari kegagalan,
Merancang untuk gagal, PASTI menuju kegagalan"
Merancang untuk gagal, PASTI menuju kegagalan"
Pantun BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
Sudahkah belajar fardhu ain
Kifayah jangan buat sebarang
Alangkah baiknya kerajaan Bee End
Rakyat dihadiah 500 ringgit seorang.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Undilah Bee End dimasa depan.
Kuala Rompin tapak istana
Puteri menari di kampung nelayan
Kalau pemimpin adil saksama
Kenapa isteri dibeli cincin berlian?
Kifayah jangan buat sebarang
Dengan geraham harus digigit
Rakyat diberi 500 ringgit seorang
Kroni mengaut jutaan ringgit.
Pergi mengail ditepi paya
Terkail pula ikan belukang
Kalau PR ambilalih Putrajaya
Najib dan Rosmah lari lintang pukang.
Kifayah jangan buat sebarang
Alangkah baiknya kerajaan Bee End
Rakyat dihadiah 500 ringgit seorang.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Undilah Bee End dimasa depan.
Kuala Rompin tapak istana
Puteri menari di kampung nelayan
Kalau pemimpin adil saksama
Kenapa isteri dibeli cincin berlian?
Kifayah jangan buat sebarang
Dengan geraham harus digigit
Rakyat diberi 500 ringgit seorang
Kroni mengaut jutaan ringgit.
Pergi mengail ditepi paya
Terkail pula ikan belukang
Kalau PR ambilalih Putrajaya
Najib dan Rosmah lari lintang pukang.
26 December 2011
Berbalas Pantun - Hutang.
A: Berbalam nampak kapal nakhoda
Kapal dagang Nakhoda Tenggang
Semalam tak dapat ku lelapkan mata
Memikirkan hutang keliling pinggang
B: Bunga senduduk si bunga butang
Bunga melur harum semalam
Bebaskan hidup dari berhutang
Nyenyaklah tidur siang dan malam
A: Bunga senduduk sibunga butang
Hidup megah didalam taman
Kalau hidup tidak berhutang
Tak adalah rumah dan kereta idaman
B: Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakitlah dahulu
Bersenang-senang kemudian
A: Berakit-rakit keseberang
Jangan berakit ke Kuala Taman
Bersakit-sakitlah sekarang
Jangan sakit sepanjang zaman
B: Sarang penyengat dipohon sena
Sarang tempua dipohon manggis
Beringat-ingat sebelum kena
Berjimat-jimat sebelum habis.
Kapal dagang Nakhoda Tenggang
Semalam tak dapat ku lelapkan mata
Memikirkan hutang keliling pinggang
B: Bunga senduduk si bunga butang
Bunga melur harum semalam
Bebaskan hidup dari berhutang
Nyenyaklah tidur siang dan malam
A: Bunga senduduk sibunga butang
Hidup megah didalam taman
Kalau hidup tidak berhutang
Tak adalah rumah dan kereta idaman
B: Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakitlah dahulu
Bersenang-senang kemudian
A: Berakit-rakit keseberang
Jangan berakit ke Kuala Taman
Bersakit-sakitlah sekarang
Jangan sakit sepanjang zaman
B: Sarang penyengat dipohon sena
Sarang tempua dipohon manggis
Beringat-ingat sebelum kena
Berjimat-jimat sebelum habis.
12 December 2011
Pantun Pahlawan - Berbalas pantun.
@@
Anak Cina mengail seluang
Umpan katak diatas titi
Apa guna bergelar pejuang
Kalau tidak berani mati.
&&
Guruh berdentum langit bergegar
Bumi retak hujan tak jadi
Jangan cakap saja berdegar
Baru digertak dah cabut lari.
@@
Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris dipinggang
Kalau digertak dah cabut lari.
&&
Putus sudah tali temberang
Semasa belayar disampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak.
&&
Kalau mengail dilubuk dengkal
Bawalah umpan didalam raga
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga.
@@
Limau bentan ditepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau dihutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung.
Anak Cina mengail seluang
Umpan katak diatas titi
Apa guna bergelar pejuang
Kalau tidak berani mati.
&&
Guruh berdentum langit bergegar
Bumi retak hujan tak jadi
Jangan cakap saja berdegar
Baru digertak dah cabut lari.
@@
Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris dipinggang
Kalau digertak dah cabut lari.
&&
Putus sudah tali temberang
Semasa belayar disampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak.
&&
Kalau mengail dilubuk dengkal
Bawalah umpan didalam raga
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga.
@@
Limau bentan ditepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau dihutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung.
Subscribe to:
Posts (Atom)