Biduk ku kayuh ketengah laut
Hendak menuju ke Tanah Deli
Sungguh hati ku telah terpaut
Kenapa tuan tak ambil peduli
Orang Pekan pulang ke Pekan
Orang Laut meraut lidi
Adik bukan saudara pun bukan
Hati terpaut kerana budi
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau nak roboh kota Melaka
Buruh diJawa hamba kerahkan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga hamba serahkan.
12 August 2012
10 August 2012
Pantun Hariraya
Dingin diperigi diwaktu pagiBerkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelang lagi
Tamatlah ujian orang beriman
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Hamba menyusun sepuluh jari
Salah silap harap maafkan
Udara dingin dihening pagi
Tabuh bergema mulakan hari
Aidil fitri menjelang lagi
Muslimin muslimat pakai berseri
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut aidil fitri
Sahabat handai datang bertandang
Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang dihariraya
Tersenyum riang sanak saudara
Padang Besar kecil sahaja
Tempat Siam lalu lalang
Di hariraya kita berbelanja
Jangan sampai menambah hutang.
03 August 2012
13 July 2012
Pantun Nasihat
Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Walau pun dapat gading bertuah
Tanduk tetap berguna lagi
Umpama melukut ditepi gantang
Tambah tidak kurang tiada
Jangan ikut resmi lalang
Daun menegak isi tiada
Anak beruk makan tembikai
Banyaknya makan berkati-kati
Biar buruk kain dipakai
Asalkan pandai mengambil hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
