05 November 2021

Seloka- Antara dua darjat

 Rumah besar bertingkat-tingkat

Duitnya tebal berlipat-lipat

Isterinya cantik sungguh memikat

Kadang-kadang jumlahnya empat

Tapi rumahtangganya bagai nak kiamat.


Ada yang duduk dikawasan setinggan

Pakai kereta 'antik' jenama wolksegan

Hee..ramai anaknya hingga sembilan

Itu pun 'kerja' secara sambilan

Semuanya boleh jadi contoh tauladan.


Bahagia bukan kerana harta

Bukan juga kerana tahta

Walau pun mudah memikat wanita

Tapi yang dapat semuanya auta

Kepada Allah jua tempat berlindung dan meminta.