31 July 2011

Hei! You are a typical Malay man.

You may say that you have a right on her
You may ask "when you need to be with her"
But don't expect to win her heart
If you don't change the way you are.

Hei! You are a typical Malay man
Do change your mind...
You may gain her body but not her heart
Her body is yours but her heart is others
Do change your mind before it is too late
Do change your mind before she's become mind.
Is it too hard to win a heart?

You Mean Everything To Me

My love...
You make me smile
You make me lought

You make me cry...
You mean everything to me...
Then I know that ...
I love You.


I fully understand your position
I fully understand your complicatated family history
I fully understang the long journey into love between you and him
But you could not leave me either...
So am I.

I wish you could practice polyedry
So I could be there...with You.
You could not make a choice between "to ruin the journey into love between You and him
and a forthnight love with me"
I wish to forget the past for the future
but I relised how long the journey into love between You and him.

Darling..
Let you be there
I will love You forever...
Let no more tears.

This poem is dedicated especially for you my dear.

28 July 2011

Jika Aku Dikurniakan Isteri

Jika aku dikurniakan isteri...
Takkan ku mampu menyalutkan nya dengan emas permata
Takkan ku mampu menempatkan nya dirumah mewah pinggiran kota
Takkan ku mampu membelikan kereta brabus idaman nya...
Kerana semua itu aku tiada
Malah hidupku sendiri, bak kata pepatah "kais pagi makan pagi"
Jadi apa yang boleh ku beri?


Aku berjanji pada diri ku... (Kalau berjanji pada orang lain; katanya nanti aku hanya pandai berjanji)
Tak kan ku biarkan isteri ku sakit sendirian kerana aku ingin terus mengejar harapan
Tak kan ku putuskan ucapan ketika isteri ku perlukan ucapan sayang
Tak kan ku kasari isteri ku yang perlukan kemanjaan.


Aku sedari aku tidak punya;
Tidak wang berjuta
Tidak ada batu permata
Tiada saham dimerata dunia...
Aku hanya ada kasih sayang...
Kasih sayang yang tak boleh dibeli dengan wang
Masa kan ini pun tak boleh aku berikan

Kepada seorang yang bergelar isteri.

13 July 2011

Puteri Bunian

Dikeranakan blog ini adalah blog sastera Melayu Lama, maka mohonlah hamba mengesahkan ceritera ini dalam bahasa Melayu Klassik adanya. Ada pun kisah ini benar-benar pengalaman hidup hamba tanpa ditokok tambah barang sedikit pun adanya.Agar ceritera ini akan menjadi ingatan dan panduan buat anak-anak dimasa depan.
Kalakian kisahnya adalah seperti berikut:
Adalah pada suatu hari maka hamba dikunjungi oleh seorang puteri yang kelihatan nya sangat cantik rupawan umpama datang nya dari kayangan. Putri bergelar Adilah binte Mohamad.
Pipinya bak pauh dilayang
Bibir merah bak delima merekah
Leher bak sirih di jinjang.
Muncul nya sang puteri rupawan dilaman FB hamba yang konon nya menjelma dari negeri di bawah angin yang digelar Inggeris empunya nama. Konon paduka ayahanda juga berasal dari Bumi Kenyalang telah berhijrah ke bumi Inggeris dan bertemu jodoh disana. Lahirlah sang puteri rupawan hasil dari dua keturunan malah tidak lagi fasih berbahasa ayaahanda disebabkan lamanya dinegeri orang malah dilahirkan disana pula.

Dari perkabaran yang disampaikan pada hamba, maka sang puteri senang lenanglah serta bermewah-mewahan lah kehidupan nya tapi hasratnya ingin juga melihat tanah kelahiran ayahanda tercinta yang kini telah pergi buat selama nya. Maka tercari-cari lah sang puteri akan siapakah yang bakal menjadi teman di perantauan lalu terpilihlah hamba yang hina dina ini.Walau pun hamba meriwayatkan segala kelemahan dan serba kekurangan diri ini, tetapi sang puteri tetap juga menyatakan hasrat hati nya yang sucu murni, malah tidak berganjak lagi dengan keputusan nya.
Bak kata orang bijak pandai "masakan rezeki nak ditolak" maka "kurang tapak tangan nyiru hamba tadahkan." Alang kah gumbiranya hati ini, "Bagaikan bulan jatuh keriba" menunggu sang puteri bakal diterbangkan dari bumi Inggeris menemui hamba dalam masa kurang dari satu purnama.
Lalu sang puteri berhasrat menghantarkan ufti buat  hamba melalui kiriman , tak sabar lagi untuk membawanya bersama. Dikabarkan buat hamba, saudagar yang membawa ufti, seorang saudagar besar bumi Inggeris yang tak dapat disangsikan lagi kejujuran nya.
Sang puteri juga, dengan tidak sabar lagi memberi kabar apakah isi kandungan ufti yang di kirimkan buat hamba:
           Wang dinar Inggeris bernilai 100 ribu
           Jam tangan bertatah permata bernilai puluhan ribu
           Alat sambung suara buatan terpuji juga bernilai ribuan dinar Inggeris.

Alangkah bertuah nya hamba, tak disangka-sangka "ulat lidi jadi jadi naga".Kalau ditukar wang dinar Inggeris saja sudah mencecah hampir setengah miliar wang rial. Maka bekhayal lah hamba, akan gerangan apa hendak di buat dengan dinar sedemikian besar nya.Lalu Sang Puteri mencadangkan sebagian buat membina istana idaman dimana Sang puteri akan bermadu kasih dengan hamba yang telah terpilih manakala sebagian lagi buat istana hinggap Sang Puteri semasa penginapan di bumi ini.
Rasanya hambalah yang paling bertuah di dunia ini; jatuh hati nya seorang puteri dari kayangan dalam masa kurang se purnama, tanpa melihat wajah dan rupa.Lupa hamba seketika pepatah orang tua-tua "Tak kenal maka tak cinta".
Kalakian, dipendekkan ceritera, Sang Puteri berkali-kali mengingatkan hamba, ufti yang dihantar selamatkah diterima? Alangkah gusarnya hati sang Puteri akan kehilangan ufti. Maka berbagai ikhtiar dan usaha konon nya dilakukan Sang Puteri. Sekonyong-konyong dikabarkan pada hamba ufti yang dikirimkan sudah sampailah ke bumi ini, malang nya hamba perlu melunaskan "sedikit" upahan membawa ufti kemari.
Upahan yang perlu hamba lunaskan sekitar 4000 dinar! Namun pihak penghantar ufti tidak memaksa: maka bertanyalah hamba kepada siapa perlu hamba jelaskan upahan nya. Maka diberi kabarlah akan hamba kepada siapa perlu hamba jelaskan. Dari fikiran hamba yang kurang ilmu nya ini ada beberapa kekeliruan
" sudah terang lagi bersuluh" di sini.
Pertama-tama; Hamba sebagai penerima, kerana apakah perlunya membuat pembayaran,sedangkan adalah menjadi tanggungjawab sang penghantar berbuat demikian. Keduanya- Kenapa senilai 4000 dinar, kerna dengan nya memungkinkan hamba belayar dengan "belon" pulang pergi dari tanah ini ke tanah Inggeris tersebut.Ketiganya kenapa hamba diminta membayar upahan pada pihak lain yang hamba fikirkan tidak kena mengena dengan urusan ini.
Dengan ini maka sedarlah akan hamba selama ini hamba dipermainkan oleh satu kumpulan penjarah yang sentiasa mencari mangsanya. Maka nekad lah hamba tidak rela di perdayakan oleh sang Puteri yang sentiasa mendesak hamba untuk memberikan uwang upahan nya.Lalu hamba dedahkan hasrat hati hamba yang curiga akan tindak tanduk sang Puteri.... akhirnya sang Puteri terbang menghilangkan diri tanpa muncul lagi di lama FB hamba.
Disekitar masa yang sama seorang puteri lagi yang menggelarkan dirinya sebagai puteri Ainun bt. Abu Bakar
juga asal keturunan sebelah ayahanda dari bumi kita, sebelah bonda juga berbangsa bumi dibawah angin digelar Inggeris, juga punya ceritera yang mirip puteri pertama bergelar puteri Adila bt. Mohamed tadi.
Disebabkan kesetiaan hamba pada puteri Adila, maka cinta tanpa "pandang pertama" sang puteri hamba tolak dengan bahasa yang lembut bak bayu pagi, umpama angin sepoi bahasa.Maka kemudian daripada itu tiadalah munculnya lagi sang Puteri di laman hamba hingga ke saat ini.
Hanya beberapa hari hilangnya sang Puteri Adila dari mata hamba, maka timbul lah seorang lagi puteri dilaman hamba yang menggelarkan diri sebagai Puteri Sumeera Hassan. Dek kerana kuranglah telitinya sang puteri ketiga ini maka ada kala nya digelarnya akan dia puteri Sameera Ab. Rahman.Maka puteri ketiga ini amatlah tinggi memuji muja akan diri dan keluarga keturunan nya. Dikabarkan juga akan harta miliknya yang tak terhingga banyak nya dan hajatnya untuk datang berdagang ketanah ini. Dikabarkan juga akan kelahiran nya di bumi Inggeris dan kealpaan nya akan bahasa Melayu. Namun dari pandangan hamba yang kurang ilmu nya ini, maka bahasa Inggeris Sang Puteri amatlah dangkal akan ilmu nya, maka jauhlah beda nya dengan sang Puriri Adila tadi.
Buat ketika ini hamba yang kurang ilmu dan pengalaman hidup ini sedang memerhatikan sang puteri bermain dengan makyong dan wayang kulitnya.Tidak syak lagi hati hamba menyatakan yang sang puteri ketiga ini juga adalah rakan seperguruan dengan puteri pertama dan kedua.Ingatlah akan hamba pepatah Arab yang menyatakan "Orang Islam tak akan dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama"
Buat anak-anak.... hati-hati akan manusia yang ingin memperdaya akan lain orang.
Buat Adila, Ainun dan Sameera dan mereka yang bersekutu dengan nya... ubahlah cara hidup puanhamba. Ingatlah; carilah rezeki yang halal, yang di redhoi Allah. Kelak puanhamba akan mendapat pembalasan Allah mungkin didunia lagi apalagi di akhirat.
Gambar-gambar:
1. Puteri Adila
2. Peteri Ainun
3. Puteri Sumeera.


                                                

12 July 2011

Merpati dua sejoli

Burung merpati dua sejoli
Terbang berkawan-kawan
Dimana ada matahari
Di situ juga ada bulan

Burung merpati dua sejoli
Terbang ia di waktu petang
Jika bangun tengahari
Tentu rezeki tak akan datang

Burung merpati dua sejoli
Se ekor tidak pandai berenang
Kalau kita kuat joli
Hidup kita tak akan senang

Burung merpati dua sejoli
Turun makan di waktu petang
Kerja sentiasa nak pakai kuli
Tapi gaji selalu hutang

Burung merpati dua sejoli
Se ekor bertelur se ekor mengeram
Tempat kita cari rezeki
Jangan buat kerja haram

Sajak - Lukisan Wajah Hati oleh Dang Anum KB

Setianya pada yang satu
Mengabdi cinta tulus suci
Susah senang sehidup semati
Itu janjinya pasti
Sekali tercalar duri
Robek nurani
Darah berzaman menitis tak henti
Membusung nanah prasangka
Merumpun curiga jiwa
Sumpah dan janji
Tidak lagi berbekas dihati
Pabila was-was menikam waras
Seolah makhluk bernama sang suami
Lidahnya pendita dusta
Lalu sini amarahmu menggegar damaiku
Bagaikan aku Pandora berdosa
Tersula dipanah nista
Hanya kerana senyumanku menggoda
Jelingan mataku memikat sukma
Apakah tiada ruang kemaafan buatku
Yang tak mengerti apa sejarah deritamu
 Lalu aku harus bagaimana
Agar puas hatimu
Permaisuri semalu.