Pantun ini selalunya dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika bermain. Ada lagenda mengatakan pantun ini dinyanyikan oleh seseorang yang telah disumpah menjadi seekor burung kerana terdapat sejenis burung hutan yang bersiul seakan-akan irama pantun ini.
Tuor ialah alat menangkap ikan seakan-akan bubu tetapi lebih kecil daripada bubu dan dipasang mengadap arus berlainan dengan bubu yang dipasang membelakangi arus.
Nasi melukut didalam baldi Tinggal seceduk dibiar basi Elok ikut resemi padi Makin menunduk makin berisi Nasi melukut petai belalang Dimakan gagak tidak berpada Jangan ikut resemi lalang Pucuk tegak buah tiada Masuk keluar dalam belukar Bawa parang bengkuk matanya Umpama ular menyusur akar Tak kan kurang rasa bisanya.