03 September 2011

Salam Perpisahan

Izinkan kupergi...
izinkan perpisahan ini
meskipun pahit
sarbat azimat itu
akan menjadi penawar
pada lara yang kian membara
biar kupadamkan api rindu ini
sebelum ia membakar
sebuah ikatan suci
antara dikau dan dia
maafkan aku yang terpaksa
menggetus pucuk kasih
kau dan aku
biarkah darah yang menitis
di dada rindumu
membasuh dosaku







nukilan; Dang Anum sept.2nd 2011

23 August 2011

Nasihat Kubur


  • Nasihat KUBUR :

    ~•> Aku adalah tempat paling 
    gelap, maka terangilah aku 
    dengan tahajud,
    ~•> Aku adalah tempat yang 
    paling sempit, maka luaskanlah 
    aku dengan bersilaturahmi,
    ~•> Aku adalah tempat yang 
    paling sepi, maka 
    ramaikanlahaku dengan 
    perbanyak baca Al-Quran,
    ~•> Aku adalah tempatnya 
    binatang2 yang menjijikan maka 
    racunilah ia dengan Amal 
    Sedekah,

    ~•> Aku adalah tempat 
    Mungkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu.

Jambatan Hidup

Lima (5) Jambatan Hidup:

1. Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA


2. Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN


3. Jambatan terkuat adalah: IMAN


4. Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN


5. Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG









Nukilan Salamimiah Md. Noor,
Ketua Muslimat Pas Pahang.

Aduhai Malangnya Rindu

Aduhai Malangnya Rindu
I
kubiarkan rindu ini bertabur
pada aspal resah
bagai mimpi yang punah
biarkanlah...
biarkanlah rindu meratah sepi
memamah luluh sebuah harapan
pada cinta yang pergi
dan tak tahu jalan pulang
II
izinkan aku
menatap redup matamu
yang basah dengan kesetiaan
yang penuh bersarang harapan
moga esok pagi senyum mentari
pasti ada buat kita
ingin kuhadiahkan padamu
semuanya...
segalanya...
sebagai hantaran cinta
tapi benarkah ada cinta?
atau semuanya dusta belaka?
bagai fatamorgana dunia
menguji ketaatan insan
dan aku ini siapa?
lalu cintaku milik siapa?
betullah katamu
cinta itu milik sekeping hati
dan akan tetap begitu
cinta ini milik hati ini
bukan milik sesiapa
III
bagaimana lagi...
harus kupujuk hati ini
agar tidak luka kerana rindu
terbiar hampa membilang sepi
dalam dingin dinahari
sedang kasihmu hangat membakar
dalam pelukan mesranya...
IV
akukah itu...???
yang merenget minta dimanjakan
yang merintih minta dibelai
yang merindu minta dikasihi
ah! itu bukan aku...
aku pantai lesu
yang tak pernah letih menunggu
bayu lembut membisik rindu
lalu aku terleka
seolah bayu itu tak pernah dusta
sedang ribut dan taufan melanda
membawa perkhabaran
tengkujuh akan tiba
dan titis hujan mengalir deras
membasahi pipi
kerana air mata sudah terlalu murah
bagai rindu ini
tiada harganya...

Nukilan Dang Anum Disember 2010