Pergi melawat kePinang Tunggal
Menonton pertunjukan dikir barat
Amalan solat tak pernah tinggal
Tapi selalu mendedah aurat
Mari goreng keropok lekor
Buat tetamu datang ziarah
Dapat duit nombor ekor
Diguna buat pergi umrah
Ramai orang ditepi jalan
Rupanya melihat peminta sedekah
Perut berisi dah lapan bulan
Barulah sesak nak akad nikah
Kalau bertemu si ibu gamat
Disana terdapat si siput sedut
Selepas membaca doa selamat
Pasang pula lagu dangdut
Sayang Pak Mukhlas sampannya karam
Dipukul badai di Tanjung
Jara
Sudah jelas hukumnya
haram
Tapi ‘ketegaq’ nak
buat juga
Pergi ziarah kerumah
Pak Nayan
Konon kabarnya
beliau demam
Isteri bekerja sebagai
pelayan
Suaminya pula menjadi
imam
Amalkan makan
makanan berserat
Seperti sayur dan
ubi keledek
Ada isteri yang menutup
aurat
Tapi suaminya berseluar
pendek.
No comments:
Post a Comment