10 February 2012

Seloka - Hassan Ali oh! Hassan Ali.

Hassan Ali oh! Hassan Ali
Orangnya memang bijak bistari
Belajar hingga keluar negeri
Hingga dapat lulusan PhD


Hassan Ali orangnya kacak
Dalam PAS mula menapak
Diberi pangkat sanjungan serentak
Malang sifatnya yang agak bongkak


Diri sendiri selalu dipuji
Cita-citanya pun agak tinggi
Menteri Besar kedudukan dicari
Pakatan Rakyat sanggup dikhianati.












Nasihat pimpinan tidak di endah
Asalkan hati puaslah sudah
Sahabat seperjuangan semuanya salah
Konon nya hendak membela ummah.                                                                                    


Selepas disingkir dari harakah
Kesana sini menyebar fitnah
Tak lagi takut kepada Allah
Seperti insan yang tak ada arah


PAS tidak UMNO pun tidak
NGO Jati nak di tubuh pulak
Konon nak imbangkan kedua puak
Sebenarnya nak jadi ketua mutlak


Hassan Ali oh! Hasan Ali
Insaflah pada diri sendiri
Jemaah Islam janganlah lari
Ingat balasan diakhirat nanti.

2 comments:

  1. bagus pantun ni
    bila baca insaf akan diri
    muhasabah diri di malam hari
    kepercayaan dan akidah tidak lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hassan Ali inilah yg bongkar kisah salahguna kuasa Mohd Arid Abd Rahman, Selangor State Financier Officer dan dialah orang yang tidak bersetuju sanjungan pemimpin yg rendah akhlak sbg calon PM.

      Delete