12 February 2017

Pantun spontan Pak Dollah

video


                       Ucapan ribuan terima kasih kepada Pak Dollah Kg.Peroyang, Karai.

07 February 2017

Seloka- Apa malang mu wahai ayam?

Apa malang mu wahai ayam?
Tak berkasut dikatakan 'berkaki ayam"
"Kais pagi;makan pagi" diibaratkan ayam
"Penjual perempuan" dipanggil "bapak ayam"
Tidur tak nyenyak dikatakan "tidur-tidur ayam"

Markah kosong dikatakan "dapat telur ayam"
Pura-pura jemput makan dikata "ajak-ajak ayam"
Kerja tak menjadi dikatakan "hangat-hangat tahi ayam"
Barang tak berjenama pula dikatakan "cap ayam"

Tulisan buruk macam "cakar ayam"
Buat-buat baik;"musang berbulu ayam"
Offside main bola dikatakan "curi ayam"
Rumah buruk macam "reban ayam"

Badan gemuk sebab banyak makan ayam
Kaki judi suka menyabung ayam
Pendek kata semua buruk fasal ayam
Kalau ada pun cuma "ayam tambatan"
Tapi..Cina kata bertuah pula "Tahun Ayam".