18 March 2016

Mafhum Surah Al-Fatihah.


Sajak- Syukur

video

Sajak- Refleksi diri

video

17 March 2016

Seloka Orang Pencen.


Orang pencen hatinya gembira
Hidup aman sebagai pesara
Kerja tak perlu ; hidup disara
Nilai prestasi dah tak dikira.

Cukup bulan dapat bayaran
Buat belanja lauk sayuran
Sekali sekala keluar berjalan
Ke Jalan Allah bersama kawan.

Bangun pagi tidak tergesa
Subuh disurau pasti dijaga
Sarapan sedikit sekadar rasa
Tahap kesihatan sering diperiksa.

Makan dan pakai hanya ala kadar
Janganlah sampai kita tak sedar
Amalan yang lalai wajib dihindar
Bawa anak cucu semua keluar.

Perkara yang penting amal jariah
Jaga kebajikan surau kariah
Anak cucu penambah meriah
Masjid dimakmur rezeki bertambah.

Orang pencen sering dihormati
Teladan baik budi pekerti
Disana sini orang menanti
Mendengar pengalaman yang tersimpan dihati.

Hidup bersara terasa lega
Tiada musykil  serta curiga
Tak banyak hati yang perlu dijaga
Hanya anak isteri dan jiran tetangga.

Orang pencen anak dah besar
Cucu yang ramai sedang membesar
Rumah selesa hidup ala kadar
Masa beramal dijaga tak gusar.

Begitulah kisah diusia tua
Suami dan isteri tinggal berdua
Pengalaman hidup dah dirasa semua
Nak sediakan hidup diakhirat pula.