31 December 2014

Pantun 2 kerat- cap cekor.

 Cap cekor udang gamit
'Tikam ekor' setan menggamit.

Tanam padi diluar kota
Kalah berjudi digadai harta.

Buat todi nira kelapa
Kaki judi boleh papa

Buah menia dalam keranda
Hidup didunia pun porak peranda

Tambah gula semanis rasa
Diakhirat pula mendapat seksa.

06 December 2014

Pantun- Harta, budi dan amal

Luas sudah bertanam padi
Benih dibawa dari seberang
Puas sudah ku tanam budi
Emas juga dipandang orang

Kapal api muatan sarat
Masuk muara menuju kota
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berharta

Buah peria dari Syria
Benih terpilih simpan dipeti
Harta hanya hiasan dunia
Amal soleh dibawa mati.