Dunia hanya pentas sementara
Akhirat jua rumah abadi
Kita semua pasti kesana
Lambat dan cepat yang belum pasti
Dalam buyung disimpan jajan
Untuk kudapan sewaktu parti
Sediakan payung sebelum hujan
Sediakan bekalan sebelum mati
Atas pengkalan berjamu bubur
Doa dimohon panjangkan hayat
Apa bekalan menuju kekubur?
Banyakkan amal tinggalkan maksiat.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila matinya seorang anak Adam maka putuslah segala amalnya kecuali
dengan tiga perkara :
1. Sedekah jariahnya atau
2. Ilmu yang diajarnya
yang memberi manfaat kepada orang lain atau
3. Anak yang soleh yang
berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lain)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lain)
Dapatkah kita menyediakan ketiga-tiga bekalan ini atau sebahagian
darinya?