Burung gagak masuk kerumah
Burung terkukur kaki disangkut
Wasotiyyah tonggak kesatuan ummah
Sedap didengar payah diikut
Angin berderu membawa rahmat
Petir dan ribut bertali arus
Pemimpin menyeru rakyat berjimat
Diri sendiri hidupnya boros
Cuaca redup hujan mencurah
Pandangan redup amat bermakna
Rakyat hidup dirumah murah
Pemimpin hidup dalam istana
Wasotiyyah tonggak kesatuan ummah
Thema keramat maal hijrah
Selamat menyambut 1435 hijrah
Hidup kita perlu berubah
Pemimpin berwibawa perlu amanah
Barulah rahmat Allah melimpah.
Seri Perdana; Kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.
SINAR HARIAN 28 OCT 2013.
KUALA LUMPUR -
Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi
perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu
jam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil
elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan
RM300,000.
Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana
menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40
peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.
"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau
setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi
bil elektrik.
"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan
tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil
elektrik tersebut.
"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi
Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri
Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada
pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang
media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci
bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri
dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.
Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri
hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.
"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?
"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya
sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada
orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan
Aidilfitri.
"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk
anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput,
jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali,"
jelasnya.
Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat
membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.
"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan
seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia
dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi.
Kos penyelenggaraan rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri
Tahun Rumah PM Rumah TPM
2008 RM1,896,616.80 RM1,129,992.00
2009 RM1,686,616.80 RM1,130,007.26
2010 RM1,520,514.00 RM1,401,502.00
2011 RM1,873,654.20 RM1,455,804.00
*Sumber; Sinar Harian 28/10/2013