Gambar hiasan; Depan SMKA Khairiyyah Kuala Terengganu menjelang PRU 13.
Pak Menteri buat berbagai wawasan
Slogan "love PM" lilit didahi
Apa dah jadi dengan Barisan
Dulu dihati kini ditahi!
28 February 2013
Pantun Nasihat...Sayang
Gambar Hiasan: Kuala Sungai Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sayang laksamana bermain naga
Naga dibawa dari Kuala
Hidup didunia mahulah jaga
Jangan mendapat cacat dan cela
Sayang mempelai kayu gaharu
Dibuat orang menambah ruang
Kalau baik tingkah dan laku
Tidaklah nanti jadi terbuang
Sayang Pak Kulub tidak berteman
Turun kesungai menangkap haruan
Kalau hidup tidak beriman
Ibarat kapal tiada haluan.
27 February 2013
20 February 2013
Pantun TG Hj.Abd Hadi Awang- Presiden PAS
18 February 2013
14 February 2013
Pantun: Kalau...(2)
Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak kerana puan
Tidak hamba datang kemari
Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak hamba ternanti-nanti
Kalau nak roboh kota Melaka
Buruh di Jawa hamba kerahkan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan.
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak kerana puan
Tidak hamba datang kemari
Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak hamba ternanti-nanti
Kalau nak roboh kota Melaka
Buruh di Jawa hamba kerahkan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan.
04 February 2013
Pantun- Budi & Nama
Bukit Rok perkampungan Sakai
Batang petai dibuat titi
Biar buruk kain dipakai
Asalkan pandai mengambil hati
Pulau Pandan jauh ketengah
Dibalik Pulau Angsa Dua
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua
Nyior gading puncak mahligai
Gunung Daik dibalik tanjung
Hancur daging tulang berkecai
Nama yang baik tetap disanjung.
Batang petai dibuat titi
Biar buruk kain dipakai
Asalkan pandai mengambil hati
Pulau Pandan jauh ketengah
Dibalik Pulau Angsa Dua
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua
Nyior gading puncak mahligai
Gunung Daik dibalik tanjung
Hancur daging tulang berkecai
Nama yang baik tetap disanjung.