21 November 2012

Pantun- Bunga

www.dannisfineart.blogspot.comHarum bau mu si bunga tanjung
Harum semerbak diwaktu pagi
Tinggi pangkat mu sering disanjung
Ingat-ingat gugur ke bumi                  
 
Harum semerbak diwaktu pagi
Hiasan sanggul sianak dara
Kalaulah bunga gugur ke bumi
Tiada lagi orang yang suka.  


                                         Gambar hiasan ihsan dari Siratul Muntaha Studio
                                                                                                         (www.dannisfineart.blogspot.com)

17 November 2012

Sajak- Hutang Negara



Hutang negara telah menular,
cuculah yang terpaksa bayar.
Terbahaklah rimau di hutan;
tersenyumlah badak di pekan.

Hutang negara telah meliar,
cicit juga terpaksa bayar.
Mengunyahlah buaya di selut;
membahamlah jerung di laut.

Hutang negara rakus bangsa,
sawit dan minyak digogoknya.

Sajak ini dicipta dan dideklimasikan oleh Sasterawan Negara A.Samad Said
di Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban pada 2 Nov. 2012. 

02 November 2012

Pantun Nasihat- Menuntut Ilmu

Mari kita pergi mandi
Mandi jangan berkubang tanah
Mari kita pergi mengaji
Mengaji menghalang berbuat fitnah

Pagi ini pagi sabtu
Pagi esok pagi ahad
Tuhan yang ujud hanyalah satu
Cubalah tengok dalam tarikat

Jatuh seludang pinang tinggi
Jatuh kelaman keluarga diraja
Penat sembahyang petang dan pagi
Tidak beriman rugi sahaja

Tebang tebu sampai kehujung
Sampai hujungnya ke Melaka
Tuntutlah ilmu sebagai payung
Payung pendinding api neraka

Tebang tebu tinggi-tinggi
Tebang rumbia sebelah pangkal
Tuntutlah ilmu semasa kini
Hidup didunia tidakkan kekal.