26 January 2012

Kata-kata Hikmah - Khalifah Abdul Malik Marwan.

25 January 2012

Pantun Pakatan Rakyat

Anwar ditikam segenap arah..
Oleh musuh dan juga kawan..
Tapi beliau 'pantang menyerah'..
... semangatnya kental LAWAN TETAP LAWAN..

Kelantan diperintah oleh ulama'...
Tok Guru Nik Aziz nama diberi..
Umno disana otak dah semak..
Jadi tak ketahuan bermimpi ngeri..

DAP mentadbir Pulau Pinang...
Segala urusan bertambah baik..
Umno/BN pulak hati tak senang..
sampai sanggup makan kek taik..

Mai ramai ramai kita pi Kedah..
Pas perintah dibawah Dato Seri Azizan...
segala urusan tersangatlah mudah..
Sampai Sultan juga turut 'berkenan'..

Sebelah tengah negeri Selangor..
PKR perintah dibawah Tan Sri Khalid..
Ekonominya subur lagi makmor...
Sentiasa berwaspada tidak ralit..

Satu lagi PR perintah negeri Perak...
Menjadikan kesemuanya lima negeri..
Disebabkan katak yang dah berak...
Bertukar Dato Seri Nizar ke Dato Seri Zambry.
Nukilan Pak Mael, Penang.

18 January 2012

Puisi Terakhir Imam Ghazali

Abu Hamid Al-Ghazali (1058-1111) seorang tokoh sufi bangun suatu pagi di bulan Disember tahun 1111. Seperti selalunya mendirikan solat dan selepas itu bertanyakan hari dan tarikh kepada adiknya, Ahmad Ghazali. Beliau kemudian meminta kain kafannya, mengucupnya, memakainya dengan betul lalu berkata,”Rabb aku patuh dengan rela”, lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dan di bawah bantalnya telah diketemukan bait-bait puisi yang dikarangnya barangkali waktu malamnya:
Puisi Terakhir Ghazali
Katakan pada sahabatku, tatkala mereka melihatku mati
Menangis untukku dan berkabung dalam kedukaan
Jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adalah diriku
Dengan nama Allah, aku katakan padamu, itu bukan aku.

Aku  roh, dan ini hampa melainkan daging
Itu rumah dan pakaianku untuk sesuatu masa
Aku perbendaharaan, oleh  azimat tersembunyi
Digayakan oleh debu, yang membantuku sebagai permakaman
Aku mutiara, yang telah meninggalkan kulitnya terbiar
Aku  burung, dan tubuh ini sangkarnya
dari mana aku terus terbang dan meninggalkannya sebagai ingatan
puji-pujian kepada Allah yang membebaskanku
dan menyediakan tempatku di tingkat syurga teratas
sehingga kini aku telah mati, walau hidup dalam kabusmu
kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kubur – baju dibuang

hari ini aku bercakap dengan para wali di atas
tanpa tabir antaranya,
aku lihat Allah depan berdepan.
aku lihat “Loh-i-Mahfuz” dan di situ aku baca
apa saja telah dan kini dan semua yang akan jadi.

Biarkan rumahku jatuh menjadi puing, letakkan sangkarku di tanah
Buangkan tangkal, itu hanya ingatan, bukan lagi
Tepikan jubahku, itu hanya pakaian luarku
Letakkan semua ke dalam kubur, lupakan saja
Aku telah meninggalkan perjalananku, dan engkau tinggal di belakang
Tempat tinggalmu bukan untuk rumahku

Jangan fikir kematian itu kematian, bukan- itulah kehidupan
Kehidupan melewati semua yang upaya kita impi
sementara di dunia ini,
di sini kita diberi tidur
Kematian adalah melainkan tidur, tidur yang akan berpanjangan

Jangan takut pabila kehadiran malam kematian
Tidak lain perjalanan ke rumah yang dirahmati
Fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
Ucap syukur atas kurnia-Nya dan hadirlah tanpa takut

Apa aku kini, engkau juga akan begitu
Kerna aku tahu engkau juga akan sepertiku
Roh semua manusia datangnya dari Allah
Semua tubuh dari yang sama
Kebaikan dan kejahatan, sama milik kita
Aku sampaikan khabar gembira
Semoga ketenangan dan kegembiraan dari Allah
menjadi milikmu.

Sajak- Kita ini Tetamu senja

Kita Ini Tetamu Senja
 
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

A. Samad Said

13 January 2012

Pantun - Antara 2 Darjat.

Orang Aceh membeli papan
Bawa belayar ke Tanjung Duri
Bunga kembang ditaman harapan
Jangan biarkan layu kebumi.

Tali sauh dililit-lilit
Singgah berlabuh di Kota Lama
Puan enggang saya lah pipit
Adakah boleh terbang bersama.

Belayar masuk ke Kuala Kedah
Batang tiang kipas kemudi
Sekuntum bunga terlalu indah
Kumbang datang asyik berahi.

Sungguh cantik kuda ditunggang
Kuda bernama Sarang Buaya
Tak kira pipit mau pun enggang
Terbang bersama ketaman bahagia.

Gurindam - Nak dara merindu

Bunga teratai kembang sejati
Hanyut terlekat dirumpun buluh
Sebelum sampai hajat dihati
Didalam air badan berpeluh.

Rebus pisang lada segenggam
Batang bayam tumis-tumisan
Rindu siang bawa berendam
Rindu malam tangis-tangisan.

Guna apakah sipisau raut
Untuk meraut sibingkai tudung
Gila apakah ikan dilaut
Melihat umpan dikaki gunung.

Terang bulan di Parit Sulung
Sinarnya sampai kedaun kayu
Kalau tuan hendak menolong
Panjang umur kita bertemu.

Petikan dari lagu filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dengan sedikit pindaan oleh penulis. 

Pantun Dari lagu Filem Tun Fatimah

Semenjak kapas diganti tuba
Buah keras jadi berangan
Semenjak bulan jatuh keriba
Merpati terbang berpasang-pasangan.

Baik-baik berjalan malam
Kalau takut bawalah teman
Memang sudah kehendak alam
Burung terbang memang berkawan.

Kapal belayar diangkat sauh
Sauh digantung terayun-ayun
Sudah terang lagi bersuluh
Kalau dah tahu kenapa berpantun.

Kalau pergi ke Jambu Rias
Jangan lupa membawa raga
Jangan diusik jangan dikias
Nanti tuan begitu juga.

06 January 2012

Pantun - Dua Jiwa Satu Hati

Pohon dedap pohon meranti
Tumbuh subur didalam taman
Andai kasih terpaut dihati
Tuan seorang jadi idaman.


Andai takut dilanda badai
Jangan berumah ditepi pantai
Kasih sayang lebih bernilai
Andai hati rasa sesuai.


Penjara Kota tempat tahanan
Pendatang asing dihukum mati
Pangkat dan harta tiada jaminan
Apa yang penting iman dihati.


Pohon sena patah sedahan
Menghempap pemburu sehingga mati
Tiada guna serba kemewahan
Kalau selalu sakit dihati.


Masuk hutan mencari madu
Sedap sekali manis dirasa
Andai hati sudah bersatu
Segala rintangan ditempuh jua.


Bunga melur harum baunya
Tumbuh berakar ditepi perigi
Kasih sayang dipupuk dijaga
Pasti kekal sampai kemati.


Malam isnin malam rabu
Berselang sehari mengawal desa
Bukannya kita jadi penentu
Serahkan saja pada yang Esa.

03 January 2012

Seloka - Malaysia Tanahair Ku.

Bila Cina berkumpul - berjudi,
Bila India berkumpul - minum todi,
Bila Melayu berkumpul - kenduri.

Dadah dikatakan najis,
Tapi duit rakyat disapu habis,
Dakwa rasuah berpilih-pilih,
Yang kena tangkap selalunya 'ikan bilis'.

Ada demonstrasi haram;bila menentang kerajaan,
Ada demonstrasi halal;bila membantah Pak Imam & Tok bilal.

Demonstrasi di Pulau Pinang dibiarkan dengan tenang,
Demonstasi di Kuala Lumpur pasti digempur,
Demonstrasi di Tanjung Malim di bantai dengan zalim,
Kalau demo atas pentas;itu tak pernah dibenteras.

Itulah Malaysia tanah airku,
Bumi yang selalu ku rindu,
Pilihanraya yang selalu ku tunggu,
Dah lama dah kita terbelenggu.