19 December 2012

Pantun- Anak serati

                 Anak serati berenang renang
                 Berenang bersama di Tasik Cini
                 Sakitnya hati bila terkenang
                 Pemimpin ku puja takutkan bini

                 Anak serati berenang renang
                 Berenang bersuka di Tasik Cini
                 Sakitnya hati bila terkenang
                 Pemimpin ku puja pentingkan kroni

                Anak serati berenang renang
                Berenang pula di Tasik Bera
                Sakitnya hati bila terkenang
                Kroni mewah rakyat sengsara

                Anak serati berenang renang
                Berenang lagi di Tasik Bera
                Sakitnya hati bila terkenang
                Nak menang undi; khianati negara.  

                          Gambar hiasa ihsan STUDIO SENI SIDRATUL MUNTAHA.
                                                   www.dannisfineart.blogspot.com


      

18 December 2012

Pantun- Kasih sepanjang hayat

Sungai Raub airnya tenang
Kayu jati buat perahu
Karam dilaut dapat ku renang 
Karam dihati siapa yang tahu

Rotan diraut bemban dikerat
Buat hiasan diruang tamu
Ikan dilaut asam didarat
Dalam periuk boleh bertemu

Buah peria beli di tamu
Beli sekali si beras huma
Dalam dunia tidak bertemu
Di akhirat nanti mungkin bersama.
 

13 December 2012

Pantun- Dua tiga kucing berlari

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang
Sudah lama aku mencari
Hingga sampai ke negeri orang 

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang 
Kemana lagi adik nak lari
Burung sudah masuk ke sarang

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang 
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama adik seorang.

 

11 December 2012

Pantun- Selat Teberau

Selat Teberau airnya jernih
Tempat orang mengail gelama
Senda gurau penyambung kasih
Susah senang  biar bersama

Selat Teberau airnya bersih
Pantai Lido sudah ternama
Bertahun rasanya merindu kasih
Rupanya baru satu purnama
 
Selat Teberau airnya tenang
Labuh sauh di Batu Putih
Semasa berjauh lagi dikenang
Inikan pula sedang berkasih. 

04 December 2012

Pantun: Budi, Sayang & Rindu.


Puaslah saya menanam ubi
Nenaslah juga ditanam orang
Puaslah sudah menanam budi
Emas juga dipandang orang

Dari mana punai melayang
Dari kota turun ke kali
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun kehati

Kain sutera buat selendang
Kain belacu letak di bahu
Apakan daya nasib ku malang
Orang dirindu buat tak tahu.

                 Gambar hiasan ikhsan STUDIO SIRATUL MUNTAHA. www.dannisfineart.blogspot.com
              Tajuk: Satu petang di Marang, Terengganu.

21 November 2012

Pantun- Bunga

www.dannisfineart.blogspot.comHarum bau mu si bunga tanjung
Harum semerbak diwaktu pagi
Tinggi pangkat mu sering disanjung
Ingat-ingat gugur ke bumi                  
 
Harum semerbak diwaktu pagi
Hiasan sanggul sianak dara
Kalaulah bunga gugur ke bumi
Tiada lagi orang yang suka.  


                                         Gambar hiasan ihsan dari Siratul Muntaha Studio
                                                                                                         (www.dannisfineart.blogspot.com)

17 November 2012

Sajak- Hutang Negara



Hutang negara telah menular,
cuculah yang terpaksa bayar.
Terbahaklah rimau di hutan;
tersenyumlah badak di pekan.

Hutang negara telah meliar,
cicit juga terpaksa bayar.
Mengunyahlah buaya di selut;
membahamlah jerung di laut.

Hutang negara rakus bangsa,
sawit dan minyak digogoknya.

Sajak ini dicipta dan dideklimasikan oleh Sasterawan Negara A.Samad Said
di Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban pada 2 Nov. 2012. 

02 November 2012

Pantun Nasihat- Menuntut Ilmu

Mari kita pergi mandi
Mandi jangan berkubang tanah
Mari kita pergi mengaji
Mengaji menghalang berbuat fitnah

Pagi ini pagi sabtu
Pagi esok pagi ahad
Tuhan yang ujud hanyalah satu
Cubalah tengok dalam tarikat

Jatuh seludang pinang tinggi
Jatuh kelaman keluarga diraja
Penat sembahyang petang dan pagi
Tidak beriman rugi sahaja

Tebang tebu sampai kehujung
Sampai hujungnya ke Melaka
Tuntutlah ilmu sebagai payung
Payung pendinding api neraka

Tebang tebu tinggi-tinggi
Tebang rumbia sebelah pangkal
Tuntutlah ilmu semasa kini
Hidup didunia tidakkan kekal.

22 October 2012

Pantun- Janji sana sini

Lagu berzanji suatu seni
Setiap ayat lembut bicara
Buat janji sana dan sini
Rungutan rakyat pejamkan mata

Sifat Khadijah perlu ditiru
Kepada Allah menjadi abdi
Bangkai gajah nak tutup dengan nyiru
Sogok rakyat nak pancing undi

Pohon beringin banyak riwayat
Tempat bermain mambang dan pari
Konon BRIM nak tolong rakyat
Limaratus ringgit nak makan berapa hari?

Tanam kurma depan biara
Buahnya lebat setiap pohon
BN dah lama perintah negara
Hutang bertimbun tahun ketahun

Apa guna pokok kiambang
Baik kita tanam meranti
Umno BN perlu ditumbang
Pakatan Rakyat sebagai ganti.

21 October 2012

Pantun - Pasangan Bahagia

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan

Dari Siglap ke Taman Bahgia
Pesan kelapa beserta mangga
Sering dianggap pasangan bahagia
Tapi kenapa berpisah jua 

Anak punai anak merbah
 Turun hinggap mencari sarang
Anak sungai lagi berubah
Inikan pula hati orang

Anak Banjar memetik peria
Anak Jawa mengupas mangga
Cubalah belajar untuk setia
Moga bersama hingga ke syurga

19 October 2012

Pantun - Pasrah

Burung tekukur hinggap ditunggul
Hajat nak minum air perigi
Hati ku rasa sayu dan sugul
Mengenang kekasih yang telah pergi

Nyor muda jatuh setandan
Ambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita dibawah kehendak Allah

Jangan dipisah irama dan lagu
Kelak nada tak tentu haluan
Jangan dikenang kisah yang lalu
Kelak tersiksa merana badan

Kelapa dipesan dari desa
Pesan bersama siasam jawa
Redho lah kita pada yang Esa
Insan mulia jika bertaqwa

Gelombang ombak lautan dalam
Hanyut ketengah tidak tertahan
Banyakkan ibadat jiwa kan tenteram
Cinta yang satu kepada tuhan.   

26 September 2012

Seloka Tradisional Melayu- Bangau Oh Bangau.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Sajak- Tahajjud Cinta



Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahaya,
tunjukku ke jalan syurga.

Ku haus di tengah laut,
lemas mencari tempat berpaut,
kirimkan aku kekuatan,
serta pedoman di kesesatan.

Ku sunyi dalam gembira,
perih pedih tanggung derita,
sungguh aku bukan wali,
yang suci dari hina dan benci.

Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahya,
tunjukku ke jalan syurga.

Terlalu lama aku mencuba,
terlalu banyak,
cinta yang ku damba,
tiada yang sempurna,
hanyalah fana,
Tuhan, ampuni hamba-Mu.

Kau datang ketika duka,
dan bintang bercahya,
tunjukku ke jalan syurga.

Ku rebah di dada malam,
memecah dendam yang lama diam,
ku tanggalkan baju dunia,
dakapku dengan selimut syurga.

ya Tuhanku hanya pada Mu,
tempat mengadu segala rindu,
limpahi ku rahmat kasih Mu,
dalam tahajjud cinta bersujud.

Dari lagu nyanyian Dato' Siti Norhaliza.