Berbalas pantun antara tetamu (pihak lelaki) dan tuan rumah (pihak perempuan).
Pihak lelaki:-
Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.
Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?
Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!
Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.
Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.
Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji
25 March 2012
16 March 2012
Pantun; Suami soleh;Isteri solehah
Sepohon kayu daunnya rimbun
Pohon kepayang lebat bunganya
Walau pun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna nya.
Dinihari pasang pelita
Ditengah malam sejuk rasanya
Walau pun isteri cantik jelita
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
Hempedu bumi,buah peria
Direbus diminum banyak khasiatnya
Dapat suami yang kaya raya
Kaki betina apa gunanya.
Buah belimbing didalam raga
Gulai bersama si ikan keli
Suami pembimbing rumahtangga
Isteri menjadi ibu mithali.
Pulau Phuket pulau keramat
Tempat berlindung ribut dan taufan
Hidup mufakat mendapat rahmat
Salah sedikit bermaaf-maafan.
Ikan bilis dibelah-belah
Dibelah sama si ikan darat
Suami soleh isteri solehah
Bahagialah hidup dunia akhirat.
Pohon kepayang lebat bunganya
Walau pun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna nya.
Dinihari pasang pelita
Ditengah malam sejuk rasanya
Walau pun isteri cantik jelita
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
Hempedu bumi,buah peria
Direbus diminum banyak khasiatnya
Dapat suami yang kaya raya
Kaki betina apa gunanya.
Buah belimbing didalam raga
Gulai bersama si ikan keli
Suami pembimbing rumahtangga
Isteri menjadi ibu mithali.
Pulau Phuket pulau keramat
Tempat berlindung ribut dan taufan
Hidup mufakat mendapat rahmat
Salah sedikit bermaaf-maafan.
Ikan bilis dibelah-belah
Dibelah sama si ikan darat
Suami soleh isteri solehah
Bahagialah hidup dunia akhirat.
10 March 2012
Indah Buat mu Kelantan- Oki Setiawani Dewi.
Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu..
Seindah negerimu..
Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran, teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah..
Tersentuh hati kudusku,
Lantaran aku disini..
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak..
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya..
Biar segolongan cintaku..
Beruntung rakyatnya..
Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi..
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama..
Semoga kita bertemu kembali.
Ciptaan & deklimasi ;Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu.
- 9 Mac 2012.
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu..
Seindah negerimu..
Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran, teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah..
Tersentuh hati kudusku,
Lantaran aku disini..
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak..
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya..
Biar segolongan cintaku..
Beruntung rakyatnya..
Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi..
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama..
Semoga kita bertemu kembali.
Kelantan Trade Center, Kota Bharu.
- 9 Mac 2012.
Oki Setiana Dewi bertamu ke Negeri Kelantan sempena
Program Bicara Selebriti, Minggu Hiburan Islam. 9 - 10 Mac 2012.