25 May 2011

Renungan - AL-QURAN 2;195

Dan belanjakan (harta mu) di jalan Allah, dan jangan lah kamu campakkan (diri kamu) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.


                                                        Surah Al-Baqorah Ayat 195.

Pantun Seloka

Awal kalam maaf dipinta
Kepada semua anda pembaca
Jangan siapa ada terasa
Pantun ini hanya seloka.

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Asyik main kompang
Kerja tak menjadi.

Sarung kain buatan Farsi
Buah keranji dalam perahu
Orang lain makan isi
Kita cuma cium bau.

Buah betik didalam peti
Buah keranji dalam perahu
Asyik politik kedai kopi
Anak dirumah mengaji tak tahu.

Air lemuju si air batu
Minum dengan kueh baulu
Negara menuju negara maju
Kita masih ditakuk dulu.


21 May 2011

Pantun Untuk Orang Dewasa- Umur 21 tahun ke atas sahaja.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Isteri muda tidur nya lasak
Sudah tak sabar tunggu giliran.


Buah cempedak sibuah rambai
Buah peria dibuat ulam
Kalau hendak berbini ramai
Buatlah 'kerja' siang dan malam.


Ku sangka panas hingga ke petang
Rupa nya hujan di tengahari
Isteri muda masih berpantang
Isteri tua hiaskan diri.


Ku sangka panas hingga ke petang
Tak perlu angkat kain jemuran
Itulah masa peluang keemasan
Tak payah tunggu jadual giliran.